Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN Seluruh Malaysia

Senarai Terkini Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN Mengikut Negeri Seluruh Malaysia 2023 Berhampiran Lokasi Anda

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mewujudkan direktori restoran yang menyediakan Menu Rahmah di seluruh negara.

Aplikasi yang sedang diusahakan itu akan memaparkan direktori premis menawarkan Menu Rahmah.

“KPDN bersama pejabat KPDN negeri akan mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama pengusaha restoran untuk mempromosi Menu Rahmah.

“Kita juga akan membangunkan direktori sebagai rujukan untuk membolehkan orang ramai mengetahui lokasi Menu Rahmah berhampiran dengan mereka.

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata selain daripada itu, direktori KPDN ini juga akan melibatkan sektor lain seperti perubatan dan pendidikan bertujuan menangani kos sara hidup.

Direktori Menu Rahmah KPDN

lokasi menu rahmah

Direktori Menu Rahmah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN), merupakan inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dilakukan secara sukarela.

Menerusi direktori ini, ianya akan memaparkan senarai lokasi premis menyediakan menu rahmah, selain maklumat mengenai waktu penyediaan menu yang akan memudahkan pengguna dan peniaga premis perniagaan makanan di seluruh negara.

Senarai Lokasi Menu Rahmah Direktori KPDN

lokasi menu rahmah direktori kpdn 2023

Sehingga kini terdapat lebih 700 gerai dan restoran di seluruh negara sudah menawarkan Menu Rahmah dengan jangkaan jumlah peniaga bakal menyertai inisiatif berkenaan meningkat dua kali ganda bulan depan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata peningkatan penyertaan itu termasuk melalui pembabitan francais restoran makanan segera.

Antara francais yang telah turut serta McD Menu Rahmah Burger King, IKEA, Bubble Bee, Menu Rahmah Texas Chicken

Dengan adanya direktori KPDN ini, ianya memudahkan pengguna melakukan carian lokasi mengikut negeri atau carian mengikut jenis (restoran / cafe, restoran perkhidmatan segera, medan selera / gerai).

Selain nama gerai/restoran, turut diletakkan dalam direktori KPDN ini adalah alamat gerai/restoran tersebut dan tempoh kempen yang ditawarkan.

Untuk senarai lokasi menu rahmah seluruh Malaysia, anda boleh semak melalui pautan berikut ;

Untuk menggunakan direktori KPDN dan carian penuh lokasi menu rahmah, anda boleh scan qr code pada gambar atau layari https://menurahmah.kpdn.gov.my/

Cara Daftar Menu Rahmah Direktori KPDN

cara daftar menu rahmah

Bagi peniaga yang berminat untuk menyertai inisiatif ini, anda boleh mendaftarkan perniagaan anda secara percuma dan secara sukarela. Melalui direktori ini juga, perniagaan anda secara tidak langsung akan mendapat promosi percuma melalui direktori yang disediakan oleh pihak KPDN.

Untuk pendaftaran anda boleh ikuti langkah-langkah berikut ;

  1. Langkah 1 : Layari laman web Direktori Menu Rahmah KPDN di alamat https://menurahmah.kpdn.gov.my/
  2. Langkah 2 : Klik “Daftar” pada bahagian Menu
  3. Langkah 3 : Lengkapkan segala butiran dalam borang dalam talian seperti:
    • Nama restoran
    • Jenis restoran
    • Alamat
    • Poskod
    • Negeri
    • Daerah
    • Tempoh Promosi
    • Jenis Persatuan
    • Jenis Media Sosial
    • Nama Media Sosial
    • Emel Restoran
    • Nombor telefon Restoran
  4. Langkah 4 : Klik butang “Hantar”

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi menu rahmah dan direktori kpdn, anda boleh hubungi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui ;

Soalan Lazim F.A.Q

Apa itu menu Rahmah?

Menu Rahmah merupakan kerjasama kerajaan dan restoran untuk sediakan makanan tengah hari atau malam dengan harga RM5 dan ke bawah

Di mana saya boleh periksa lokasi Menu Rahmah?

Pembeli boleh memeriksa senarai di https://menurahmah.kpdn.gov.my/

Bagaimana peniaga ingin turut serta dalam projek Menu Rahmah?

Peniaga boleh mendaftar premis secara percuma di laman web sama iaitu https://menurahmah.kpdn.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!