Promosi Menu Rahmah Bubble Bee, RM 5 Sahaja
Menu Rahmah Bubble Bee
Saban hari, inisiatif Menu Rahmah yang dilancarkan oleh kerajaan semakin mendapat sambutan di kalangan pengusaha kedai makan dan restoran.
Tidak terkecuali, pelbagai jenama restoran terkemuka seperti Texas Chicken dan McDonald’s turut meraikan inisiatif ini dengan melancarkan pelbagai menu dengan harga mampu milik.
Salah satu rangkaian restoran yang menyahut seruan kerajaan dalam menawarkan menu dengan harga bajet adalah Bubble Bee Malaysia.
Jenama pencuci mulut popular yang diasaskan oleh pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu kini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk nikmati menu Bubble Bee dengan harga yang cukup istimewa. Hanya untuk masa terhad sahaja!
Nak tahu Menu Rahmah apa yang ditawarkan? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.
Baca Juga : Menu Rahmah : Hidangan Seimbang Dengan Harga Mampu Milik
Tempoh Promosi Menu Rahmah di Bubble Bee
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati aneka aiskrim serta minuman yang menyegarkan tekak dari Bubble Bee bermula 18 Februari sehingga 18 Mac 2023.
Pilihan Menu Rahmah Bubble Bee
Nikmati aiskrim madu ikonik serta aneka pemanis mulut istimewa dengan harga mampu milik di Bubble Bee.
5 Menu Rahmah yang anda boleh dapatkan dengan harga RM 5 adalah seperti berikut :
- Honey Milk with Black Pearl
- Chocobee Ice Cream
- Honey Chocobee Ice Cream
- FRIZ’B Mango
- FRIZ’B Strawberry
Untuk makluman, promosi Menu Rahmah tersedia di semua outlet Bubble Bee sehingga 18 Mac 2023 melalui pembelian secara walk-in sahaja.
Maklumat Lanjut
Untuk ketahui mengenai promosi terkini dari Bubble Bee, sila ikuti laman media sosial rasmi seperti di pautan berikut :
Instagram : instagram.com/bubblebeemalaysia
Facebook : facebook.com/bubblebeemalaysiahq