Menu Rahmah Burger King : Combo RM 5 Sahaja

Menu Rahmah Burger King

Sejak mula diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), inisiatif Menu Rahmah semakin mendapat sambutan di kalangan pengusaha kedai makan dan restoran.

Tak cukup dengan itu, kini banyak rangkaian restoran makanan segera yang turut menyambut baik inisiatif ini dengan menawarkan aneka menu menarik dengan harga berpatutan.

Mungkin ada yang belum tahu bahawa Burger King merupakan restoran makanan segera pertama yang memperkenalkan Menu Rahmah di Malaysia. Sangat membanggakan!

Berkongsi di Facebook, promosi ini dilakukan sebagai tanda sokongan terhadap inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban rakyat khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

Sejak Burger King memulakan inisiatif ini, banyak restoran makanan segera yang turut menyahut seruan kerajaan dalam memperkenalkan menu dengan harga bajet seperti Texas Chicken dan McDonald’s.

Dengan tawaran ini, semua rakyat Malaysia dapat nikmati burger enak pilihan mereka dan sebotol air mineral dengan harga RM 5 sahaja.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai hidangan yang ditawarkan oleh Burger King sempena promosi Menu Rahmah.

Baca Juga : Menu Rahmah Texas Chicken : RM 5 Sahaja Bagi Setiap Kombo

Pilihan Menu Rahmah Burger King

Pelanggan boleh nikmati antara dua menu burger sempena promosi Menu Rahmah iaitu :

  • BK Chick’N Crisp
  • Cheesy Beef Burger

Menu dengan harga mampu milik ini tersedia sepanjang hari dan boleh didapati di kebanyakan cawangan Burger King di Semenanjung Malaysia.

Menu Rahmah Burger King

Terma dan Syarat Promosi

Terma dan syarat yang ditetapkan bagi promosi ini adalah seperti berikut :

  • Promosi hanya sah di cawangan Burger King Semenanjung Malaysia sahaja.
  • Promosi tidak sah di cawangan Burger King Sunway Lagoon, Medini Mall, Johor Premium Outlets, Genting Highlands Premium Outlets, Mitsui Outlet Park, Langkawi dan cawangan di lapangan terbang.
  • Promosi sah selagi stok masih ada.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai promosi Menu Rahmah serta tawaran terbaharu daripada Burger King, sila ikuti laman Facebook rasmi Burger King di pautan facebook.com/bkmalaysia.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!