Banjir Pahang: Bantuan Tunai RM200/bulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa

Banjir Pahang: Bantuan Tunai RM200/bulan Selama 6 Bulan Untuk Mangsa ~ Sukacita dimaklumkan, kepada mangsa banjir di negeri Pahang yang terjejas teruk dan kehilangan kediaman bakal menerima bantuan RM200 sebulan selama enam bulan bagi meringankan beban mereka.

Bantuan Tunai Untuk Mangsa Banjir Pahang

Bantuan tunai ini telah diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail semasa melawat pusat pemindahan sementara (PPS) SMK Ubai.

Bantuan ini akan disalurkan terus kepada ketua isi rumah untuk digunakan bagi memulakan hidup selepas bencana itu.

Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri sedang mengumpulkan data mengenai mereka yang kehilangan kediaman dalam banjir ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pejabat daerah.

Dalam lawatan tersebut, beliau juga menyerahkan bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 daripada Kerajaan Persekutuan dan RM500 daripada Kerajaan Pahang serta bantuan bakul makanan kepada 77 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS SMK Dato’ Mahmud Mat, PPS SK Pulau Serai, PPS Kampung Ganchong Hulu, dan PPS SMK Ubai. 

Prosedur & Cara Permohonan Bantuan Banjir Di Pahang

Banjir Pahang
  • Mangsa banjir yang terjejas boleh mendapatkan borang  bantuan dan dihantar terus melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.
  • Selain itu, dokumen boleh dimuat turun melalui menu Pengumuman di Portal Rasmi Negeri Pahang dan Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan JPKK di dalam senarai PDF di bawah:

Sumber :

  • https://pahangmedia.my/kerajaan-pahang-akan-beri-bantuan…/
  • https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/905108/mangsa-banjir-hilang-rumah-di-pahang-terima-rm200-sebulan-selama-6?fbclid=IwAR0MzvmZ-pI6P-83BjPZvQlPuIqzzlPK6ICVT4RmPN5JOnOeNLkCvKC6L7A
  • Facebook Pahang Media : https://www.facebook.com/PahangMedia/photos/a.115464059862979/684960576246655/
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!