Cara Ikat Tali Leher Paling Mudah Tapi Segak dan Kemas

Cara Ikat Tali Leher Paling Mudah Tapi Segak dan Kemas

Tali leher atau tie merupakan aksesori yang menjadi pelengkap bagi para lelaki yang ingin tampil formal dan profesional. Selain untuk menghadiri temu duga, tali leher juga biasa digayakan oleh pelajar sekolah dan pekerja profesional.

Cara ikat tali leher ini bukan sahaja perlu dipelajari oleh lelaki, malah wanita juga perlu tahu asasnya. Mana tidaknya, suatu hari nanti kita pasti perlu bantu suami atau anak bersiap memakai tali leher!

Namun, bagaimanakah cara ikat tali leher yang paling mudah untuk dipraktikkan setiap hari? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Cara ikat tali leher

Cara Ikat Tali Leher (Gaya Ringkas Tapi Kemas)

1) Gaya Ikatan Four-In Hand

Gaya ikatan tali leher ini adalah paling popular kerana sangat mudah. Ia juga merupakan cara ikat tali leher yang sesuai bagi yang kesuntukan masa untuk bersiap. Walaupun ringkas, namun ikatannya cukup kemas.

Cara-cara ikatan : 

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Lilitkan bahagian panjang ke belakang.
  3. Lilitkan bahagian panjang lagi sekali dan bawa ke hadapan secara melintang. 
  4. Bawakan bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan. 
  5. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

2) Gaya Pratt

Gaya ikatan Pratt boleh digunakan bagi acara formal dan kasual. Ikatan tali leher ini juga membolehkan anda untuk longgarkannya jika ada temu janju kasual selepas mesyuarat atau waktu kerja.  

Cara ikat tali leher

Cara-cara ikatan : 

  1. Mulakan dengan menyilang tali bahagian pendek di atas bahagian panjang. 
  2. Bawakan tali bahagian panjang ke atas. 
  3. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan dengan melalui celahan di leher. 
  4. Bawakan tali bahagian panjang secara menyilang. 
  5. Bawakan tali bahagian panjang ke atas melalui celahan di leher. 
  6. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan di leher. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

3) Gaya Half Windsor

Gaya ini pula sesuai bagi yang sudah mahir ikatan Four-In Hand. Ia juga sesuai digayakan untuk ke pejabat atau ketika hadiri majlis formal.

Kedah ikatannya adalah seperti berikut :

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Lilitkan bahagian panjang ke belakang.
  3. Tarikkan bahagian panjang ke atas. 
  4. Bawakan bahagian panjang ke belakang dengan melalui celahan ikatan.
  5. Bawakan bahagian panjang ke secara melintang.
  6.  Bawakan tali bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan. 
  7. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

4) Gaya Full Windsor

Gaya ini sesuai untuk acara rasmi sahaja kerana ikatannya lebih tebal, lebar dan berbentuk segi tiga. Anda boleh gayakan tali leher dengan cara ini untuk hadiri majlis majlis perkahwiman, mesyuarat serta pembentangan di pejabat.

Cara ikat tali leher

Cara-caranya adalah seperti berikut :

  1. Mulakan dengan menyilang tali leher bahagian panjang di atas bahagian pendek. 
  2. Lilitkan bahagian panjang ke belakang.
  3. Tarikkan bahagian panjang ke atas. 
  4. Bawakan bahagian panjang ke belakang dengan melalui celahan ikatan.
  5. Bawakan bahagian panjang ke secara melintang.
  6.  Bawakan tali bahagian panjang ke atas leher melalui celah ikatan. 
  7. Bawakan tali bahagian panjang ke hadapan semula dengan melalui celah ikatan. Kemaskan ikatan dengan memastikan ikatan tersemat di kolar baju.

Teknik Lain Ikatan Tali Leher

Selain empat cara di atas, anda juga boleh cuba beberapa gaya ikatan lain seperti di bawah.

1 ) Kelvin Knot

Cara ikat tali leher

2) Oriental Knot

3) Nicky Knot

Cara ikat tali leher

4) Victoria Knot

5) Café Knot

Rujukan : RealMenRealStyle

Tips Gayakan Tali Leher

  • Selain tahu cara ikat tali leher, anda juga perlu pastikan panjang tali leher tidak terlalu panjang atau terlalu pendek. Panjangnya mestilah cukup untuk menyentuh kepala tali pinggang selepas diikat. Anda boleh rujuk gambar di bawah sebagai panduan.
  • Untuk yang bertubuh agak besar, anda boleh gunakan tali leher dengan kelebaran yang besar.
  • Untuk bertubuh kecil atau kurus, anda boleh gunakan tali leher yang kurang lebar seperti skinny tie.
  • Untuk menggayakan baju kosong dengan tali leher, pilihlah tali leher yang berwarna lebih gelap berbanding baju. Warna sama pun tak apa.
  • Jika ingin padankan baju bercorak dengan tali leher kosong, pilihlah tali leher yang berwarna sama dengan salah satu warna dalam corak baju yang dipakar atau pilih warna yang dominan.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda menggayakan tali leher dengan lebih mudah bagi setiap acara atau program. Selamat mencuba!

Baca Juga : 20 Contoh Hadiah Hari Guru Yang Praktikal, Harga Berpatutan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!