Contoh Surat Cuti Sekolah – Download (PDF)

Disini kami sertakan contoh surat cuti sekolah ringkas dalam format pdf bagi sebab balik kampung,kematian, tiada pengangkutan,urusan keluarga dan sebagainya. Template contoh surat cuti sekolah ini adalah bagi memudahkan ibu bapa penjaga pelajar untuk menulis surat kepada pihak sekolah bagi memaklumkan ketidak hadiran pelajar disebabkan perkara-perkara tertentu.

Bagi pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah disebabkan oleh masalah kesihatan, seperti demam, dijangkiti covid, ibu bapa pelajar boleh memaklumkan pihak sekolah dengan mengunakan surat cuti sakit atau MC yang dikeluarkan atau diberikan oleh doktor atau pegawai perubatan.

Namun jika terdapat perkara-perkara lain yang menyebabkan pelajar tidak hadir ke sekolah, maka ibu bapa,penjaga perlu untuk membuat makluman dalam bentuk surat bertulis bagi memudahkan pihak sekolah mengetahui sebab-sebab pelajar tersebut tidak dapat hadir ke sekolah. Lebih-lebih lagi jika pelajar tidak dapat hadir ke sekolah dalam tempoh yang agak lama seperti tiga hari berturut-turut

Contoh Surat Cuti Sekolah Yang Ringkas

Surat pemakluman cuti sekolah tidak perlu panjang berjela.

Walau bagaimana pun ianya perlulah di tulis dalam format surat rasmi kerana surat tersebut akan menjadi rujukan pihak sekolah terhadap rekod ketidak hadiran pelajar.

Ahmad Bin Burhan
No 70, Jalan Mega Jaya 1,
Taman Mega Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
Tel : 012-345678

_______________________________________________________________________________
Guru Kelas 3 Amanah,
Sekolah Menengah Mega Jaya,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. 					18 MAC 2023

Tuan / Puan

TIDAK HADIR SESI PERSEKOLAHAN PADA 19 MAC 2023

Seperti perkara di atas, saya selaku bapa kepada anak saya Fakri Bin Ahmad pelajar tingkatan 3 Amanah ingin memaklumkan anak saya tidak dapat hadir ke sekolah pada 19 Mac 2023.

2. 	Ini kerana keluarga kami perlu pulang ke kampung melawat datuknya yang sedang tenat, di Kuala Krau,Pahang.

3. 	Saya juga akan memastikan anak saya menyiapkan tugasan setelah kembali ke sekolah.

Kerjasama Tuan / Puan didahului dengan ucapan terima kasih.


Yang benar,

________________
(AHMAD BIN BURHAN)

Format Surat

contoh surat cuti sekolah

Tujuan contoh surat cuti sekolah adalah untuk memberikan panduan atau contoh kepada pelajar yang ingin memohon cuti sekolah agar dapat menyusun surat permohonan cuti dengan betul dan lengkap.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam format surat rasmi (surat cuti sekolah) adalah seperti berikut;

  1. Nama dan alamat pengirim
  2. Nama,jawatan, dan alamat sekolah
  3. Tarikh surat ditulis
  4. Panggilan Penerima
  5. Tajuk surat
  6. Pengenalan dan isi surat
  7. Penutup
  8. Yang benar
  9. Tandatangan dan nama pengirim

1.Nama dan alamat pengirim

Nama dan alamat pengirim (nama ibu bapa/penjaga murid). Ditulis pada bahagian sebelah kiri paling atas surat. Nama pengirim mestilah meletakkan nama penuh dan bukannya nama samaran atau sebagainya.

Alamat rumah dan juga nombor telefon ibu bapa atau penjaga. Ianya penting bagi tujuan pihak sekolah sebagai rujukan untuk menghubungi ibu bapa penjaga dalam kes-kes tertentu. Seperti bertanya khabar, dan lain-lain

2. Nama, jawatan, dan alamat penerima

Nama guru, jawatan, dan alamat sekolah mestilah ditulis di bawah nama pengirim yang dipisahkan dengan satu garisan panjang.

Sekiranya nama guru kelas tidak diketahui, boleh letakkan jawatan sebagai contoh Guru Kelas 3 Amanah

Jawatan penerima mestilah ditulis di bawah nama penerima.

3. Tarikh surat ditulis

Tarikh surat ditulis mestilah diletakkan di bahagian kanan surat iaitu sebaris dengan negeri alamat sekolah.

Tarikh surat mestilah ditulis dengan hari, bulan dan tahun.

4. Panggilan Penerima

Panggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.

Justeru, panggilan penerima yang biasa digunakan ialah Tuan/Puan.

Panggilan penerima perlulah ditulis di bawah negeri penerima di bahagian kiri.

5. Tajuk surat

Tajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.

Lazimnya, tajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang.

Tajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.

6. Isi Surat Rasmi

Pada perenggan pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima.

Untuk perenggan kedua pula, adalah huraian kepada tujuan surat tersebut ditulis.

Perenggan ketiga pula ialah penutup dan ucapan terima kasih kepada penerima surat.

Bagi perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.

7. Penutup

Ucapan penutup yang ringkas

8.Yang Benar

Ayat penegas bahawa surat tersebut ditulis dan di perakui oleh ibu bapa penjaga murid

9.Tandatangan dan nama pengirim

Di akhir surat terbabit, ibu bapa,penjaga perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut ditulis oleh pengirim terbabit.

Di bawah tandatangan, pengirim (ibu bapa.penjaga murid) perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.

Download Template Contoh Surat Cuti Sekolah (PDF)

Bagi memudahkan ibu bapa,penjaga disini kami sertakan file pdf/ word contoh surat yang anda boleh download dan gunakan

Semoga dengan contoh surat cuti sekolah ini, dapat membantu bagi ibu bapa atau penjaga pelajar untuk memahami bagaimana cara menyusun surat permohonan cuti sekolah yang betul. Penulisan surat cuti yang betul juga sedikit sebanyak akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk menyimpan rekod rasmi surat ketidak hadiran sekolah anak-anak.

Baca juga : Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!