Menu Rahmah McD : Hidangan RM 5 Lengkap Dengan Minuman

Menu Rahmah McD

Seperti yang ramai sedia maklum, Menu Rahmah merupakan inisiatif kerajaan perpaduan bagi meringankan beban kos sara hidup khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan.

McDonald’s juga nampaknya tidak ketinggalan untuk menawarkan hidangan mampu milik bersempena kempen Menu Rahmah.

Oleh itu, McDonald’s telah memperkenalkan Menu Rahmah khas bagi sesiapa yang ingin menikmati McD dengan harga rendah.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Menu Rahmah : Hidangan Seimbang Dengan Harga Mampu Milik

Pelancaran Menu Rahmah McD ini telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub di McDonalds’s Mutiara Damansara, Selangor.

“Dengan penyertaan McDonald’s ke dalam Menu Rahmah, ia membuktikan makanan yang disediakan dalam inisiatif ini adalah berkualiti dan bukannya berkelas rendah.

“Kami tidak berkompromi walaupun harganya murah.

“Kami sangat berbesar hati melihat McDonald’s dapat bersama kami melaksanakan Menu Rahmah ini sebagai usaha untuk menyediakan hidangan yang berpatutan kepada mereka yang memerlukan,” ujar Datuk Seri Salahuddin.

Menu Rahmah McD

Mula ditawarkan sejak 8 Mac 2023, apa yang membezakan menu ini dengan tawaran McDonalds lain adalah Menu Rahmah yang ditawarkan boleh dibeli pada bila-bila masa sahaja tanpa had masa.

Dengan adanya Menu Rahmah daripada McD, kini seluruh rakyat Malaysia berpeluang untuk menikmatinya seisi keluarga.

Pilihan Menu Rahmah McD

Hidangan dengan bajet rendah serta lengkap dengan minuman yang ditawarkan oleh McDonalds adalah seperti berikut :

  • Burger Ayam + Teh Ais Limau (S)
  • Bubur Ayam McD (S) + Teh Ais Limau (S)
  • McEgg + Teh Ais Limau (S)

Ketiga-tiga menu ini ditawarkan dengan harga RM 5.00 sahaja.

Menu Rahmah McD

Menu Rahmah McD boleh didapati di mana-mana cawangan McDonalds seluruh negara.

Sempena pelancaran Menu Rahmah, McDonald’s turut mengumumkan kemunculan semula menu yang ramai nantikan sempena bulan Ramadan iaitu Foldover Ayam dan Foldover Daging.

Kedua-dua menu ini juga boleh didapati pada masa terhad di semua restoran McDonald’s mulai hari ini.

Untuk perkembangan terkini mengenai tawaran hidangan McDOnald’s sila ikuti laman Facebook McD di https://www.facebook.com/My.McDonalds/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!