Menu Rahmah IKEA, Hidangan Lazat Serendah RM 3.50
Menu Rahmah IKEA
Sejak inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), ramai pengusaha restoran dan kedai makan mula menawarkan hidangan dengan harga serendah RM 5.00 di premis masing-masing.
Tidak cukup dengan itu, nampaknya banyak rangkaian restoran popular seperti McDonald’s, Texas Chicken dan Burger turut serta dalam inisiatif bagi memudahkan pembelian makanan seharian khususnya bagi golongan yang kurang berkemampuan.
Yang terbaharu, IKEA juga dikatakan telah menyertai inisiatif ini dengan menawarkan hidangan serendah RM 3.50.
Walaupun warganet baru-baru ini banyak berkongsikan penemuan Menu Rahmah IKEA, namun jenama perabot dan kelengkapan rumah dari Sweden ini tidak melancarkan inisiatif tersebut secara rasmi.
Sebaliknya, mereka telah memperkenalkan beberapa menu dengan harga yang lebih rendah khususnya untuk hidangan sarapan dan menu kanak-kanak.
Nak tahu menu bajet apa yang anda boleh dapatkan di IKEA? Ikuti perkongsian kami dengan lebih lanjut.
Baca Juga : Promosi Menu Rahmah Bubble Bee, RM 5 Sahaja
Pilihan Menu Rahmah IKEA Café (Menu Harga Bajet)
Menu dengan harga mampu milik yang anda boleh nikmati di IKEA adalah seperti berikut
Menu Sarapan (9.30 pagi hingga 11.00 pagi setiap hari)
Hari | Menu | Harga |
Isnin | Mee Kari | RM 3.50 |
Selasa | Mee Soto | RM 3.50 |
Rabu | Mee Rebus | RM 3.50 |
Khamis | Laksa | RM 3.50 |
Jumaat, Sabtu, Ahad | Bihun Goreng Siam | RM 3.50 |
Jumaat, Sabtu, Ahad | Nasi Lemak Goreng dengan Kepak Ayam Goreng | RM 6.50 |
Isnin hingga Khamis | Nasi Lemak Pandan dengan Kepak Ayam Goreng | RM 5.90 |
Setiap Hari | Breakfast Chiciken Slice & Cheese Sandwich | RM 3.50 |
Setiap Hari | Scramble Eggs dengan Plant-based Pieces, Croissant & Herbs Cherry Tomato | RM 7.90 |
Menu Kanak-Kanak
Menu | Harga |
Kids Pasta with Tomato Sauce | RM 3.50 |
Kids Beef Meatballs | RM 5.50 |
Kids Chicken Nuggets and Fries | RM 5.50 |
Kids Chicken Meatballs | RM 5.50 |
Minuman
Lengkapkan hidangan anda dengan minuman panas atau sejuk. Percuma isian semula (refill).
Menu | Harga |
Low Sugar Soft Drinks (Lingonberry, Raspberry, Cola & Black Ice Tea with Lemon) | RM 2.50 |
Kopi / Teh | RM 2.50 |
Menu Harga Rendah di IKEA Bistro
Selain IKEA Café, anda juga boleh dapatkan pelbagai makanan dengan harga berpatutan di IKEA Bistro seperti berikut :
Menu | Harga |
*Chicken Sausage with Arabic Minced Chicken | RM 3.90 |
*Ondeh-ondeh soft serve | RM 2.50 |
1 Hot Dog & 1 soft drink | RM 3.50 |
1 Chocolate Donut & 1 cold drink | RM 4.00 |
1 Hot Dog, 1 Curry Puff, 1 Coffe/Tea & 1 Soy Ice Cream | RM 5.80 |
Soy Ice Cream | RM 1.20 |
Frozen Yogurt | RM 1.50 |
Hot Dog | RM 2.00 |
Curry Puffs | RM 1.40 seketul / RM 7.80 (6 ketul) |
Nota = Menu terhad bermula 6 Mac hingga 31 Mei 2023*
Siapa kata anda tak boleh dapatkan hidangan di IKEA dengan harga murah? Jadi, jangan lupa untuk singgah ke IKEA bagi menikmati aneka menu menarik.
Untuk ketahui promosi terkini mengenai Menu Rahmah IKEA atau menu bajet yang ditawarkan, jangan lupa ikuti laman Facebook rasmi di pautan facebook.com/IKEAMalaysia