Menu Rahmah Texas Chicken : RM 5 Sahaja Bagi Setiap Kombo

Menu Rahmah Texas Chicken

Sejak inisiatif Menu Rahmah diperkenalkan oleh kerajaan kira-kira sebulan lalu, nampaknya semakin banyak kedai makan serta restoran cawangan terkemuka turut serta dalam menawarkan aneka menu dengan harga berpatutan.

Demi menyahut seruan kerajaan, restoran makanan segera terkemuka, Texas Chicken Malaysia turut memperkenalkan menu dengan harga bajet kepada semua rakyat Malaysia.

Ditawarkan bermula 7 Mac 2023, anda dapat nikmati aneka hidangan yang cukup menarik daripada Texas Chicken dengan dengan harga RM 5.00 sahaja untuk setiap kombo.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai promosi terbaharu yang ditawarkan.

Baca Juga : Menu Rahmah McD : Hidangan RM 5 Lengkap Dengan Minuman

Pilihan Menu Rahmah di Restoran Texas Chicken

Hidangan menu dengan harga mampu milik yang ditawarkan di Texas adalah seperti berikut :

  • Spicy Korean Rice Bowl & Drinking Water
  • Buttermilk Rice Bowl & Drinking Water
  • Smoky BBQ Flatbread & Drinking Water

Anda boleh nikmati mana-mana kombo seperti di atas dengan harga RM 5.00 sahaja dengan pembelian secara dine-in atau take-away.

Waktu pembelian Menu Rahmah adalah terhad bermula 12.00 tengah hari sehingga 3.00 petang selagi stok masih ada.

Menu Rahmah Texas Chicken

Terma & Syarat Pembelian Menu Rahmah di Texas Chicken

Pembelian Menu Rahmah di cawangan Texas Chicken adalah tertakluk kepada terma dan syarat seperti berikut :

  • Tawaran bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 3 petang sahaja.
  • Tawaran tidak terdapat di KLCC, KLIA dan Genting.
  • Tawaran tidak sah melalui aplikasi penghantaran makanan, trak makanan dan dengan mana-mana kupon, tawaran atau promosi lain.

Jangan lepaskan peluang untuk nikmati hidangan Texas Chicken dengan harga mampu milik. Untuk masa terhad sahaja sementara stok masih ada!

Untuk perkembangan terkini serta maklumat lanjut mengenai promosi yang ditawarkan di Texas Chicken, sila ikuti laman Facebook Texas Chicken di pautan : facebook.com/TexasChickenMalaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!