STR Fasa 4 & Rayuan STR 2023 : Semakan Status Permohonan

Semakan STR Fasa 4 dan Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah 2023 akan di bayar mulai 7 November 2023. Semakan status kelayakan boleh dibuat secara online ataupun menerusi aplikasi.

Bayaran STR Fasa 4 dan rayuan akan dibuat secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali

Jumlah bayaran sumbangan tunai rahmah adalah antara RM200 -RM1,200 berbeza bagi setiap kategori.

STR Fasa 4 2023 dan Rayuan STR 2023 bernilai RM2.1 bilion akan disalurkan mulai Selasa, 7 November 2023 kepada 5.5 juta penerima

Kerajaan membelanjakan hampir RM8 bilion untuk STR 2023, memanfaatkan hampir 60% penduduk dewasa Malaysia.

Kerajaan telah menetapkan pembayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun ini akan disalurkan sebelum perayaan Deepavali secara berperingkat1 mulai 7 November 2023 dengan peruntukan berjumlah RM2.1 bilion kepada 5.5 juta penerima

Untuk semakan, data penerima adalah menggunakan maklumat penerima STR 2023 yang telah dikemaskini pada penghujung Mac yang lalu.

Bagi STR Fasa 4 kategori bujang tiada bayaran yang akan dilakukan.

Bayaran akhir sumbangan tunai rahmah untuk kategori bujang telah dibuat pada julai 2023 dengan jumlah keseluruhan bayaran STR 2023 kategori bujang adalah sebanyak RM350

Semakan STR Fasa 4 & Rayuan STR 2023

semakan str fasa 4

Untuk semakan STR Fasa 4 dan rayuan str, anda boleh buka aplikasi MySTR pada smartphone anda (sekiranya anda telah install aplikasi) atau untuk semakan melaui portal anda boleh ikuti langkah-langkah yang berikut

  • Langkah 1 : Layari website rasmi LHDNM Hasil di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Langkah 2 : Cari bagian MySTR Log In
  • Langkah 3 : Pada ruangan kosong masukkan nombor MyKad (12 Digit tanpa tanda “-“_)
  • Langkah 4 : Tekan Butang Semak
  • Langkah 5 : Sila sahkan Kata Kunci Keselamatan
  • Langkah 6 : Masukkan password dan tekan log masuk

Jumlah Bayaran STR Fasa 4

Bayaran akhir STR 2023 ini akan melibatkan tujuh kategori penerima dan had umur (tidak termasuk penerima str tambahan).

str fasa 4 semakan
str fasa 4 semakan
Kategori Penerima
dan Had Umur
Pendapatan
Bulanan
(RM)
Bil. AnakFasa 4
Nov-23
(RM)
Jumlah Keselurahan
Bayaran STR 2023
(RM)
Isi Rumah Tiada
Had Umur
≤ 2,50002001,000
1-26001,500
3-49002,000
≥ 512002,500
2,501-5,00000500
1-20650
3-43001,000
≥ 55001250
Warga Emasa Sebatang
Kara  ≥ 60 tahun
≤ 5,0000200600
Bujang 21-59 tahun≤ 2,50000350
Bujang OKU 19 -59 tahun≤ 2,50000350

Jumlah bayaran bagi penerima sumbangan tambahan bagi bayaran ke 5

Kategori Penerima
dan Had Umur
Pendapatan
Bulanan
(RM)
Bil. AnakBayaran 5
Nov-23
(RM)
Jumlah Keselurahan
Bayaran STR 2023
(RM)
* Isi Rumah Miskin Tegar
Tiada Had Umur
(Tambahan RM600)
≤ PGK Miskin
Tegar
RM1,169
0100600
1-2100600
3-4100600
≥ 5100600

* Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih

** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas

Tarikh Bayaran

Tarikh pengkreditan bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 4 ke akaun penerima, bayaran akan dibuat bermula 7 November 2023 secara berperingkat sebelum perayaan Deepavali.

Kaedah Pembayaran

Untuk penerima sumbangan tunai rahmah fasa empat, ayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank.

Manakala bagi penerima tiada akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), tarikh pembayaran mulai 7 November 2023 STR Fasa 3

Untuk penerima yang tidak mempunyai akaun bank,tarikh pembayaran bermula 7 November 2023. Pembayaran secara tunai melalaui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bagi tahun 2023, proses permohonan STR hanya dibuat setahun sekali.

Sebagai penambahbaikan pada STR 2024. Kerajaan telah membuat penambahbaikan agar tiada lagi golongan yang tercicir.

Bermula pada 1 November 20233, kesemua yang layak boleh membuat permohonan baharu dan mengemas kini maklumat terkini untuk STR 2024 sepanjang tahun

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4 ?

Bayaran akan dibuat bermula 7 November 2023 secara berperingkat sebelum perayaan Depavali

Berapakah jumlah bayaran STR Fasa 4?

Jumlah bayaran RM200 – RM1,200 mengikut kategori

Jumlah bayaran STR Fasa 4 Kategori Bujang?

Tiada. Bayaran akhir untuk kategori bujang telah dibayar semasa pembayaran STR Fasa 3

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!