Permohonan SKIPMA MARA: Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA
Terkini Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dibawah Institusi Pendidikan MARA (IPMA) yang ingin memiliki komputer boleh memohon Skim Pinjaman Komputer Pelajar IPMA (SKIPMA) 2022 yang telah dibuka.
Tujuan skim ini diwujudkan adalah bagi membantu pelajar IPMA memiliki komputer untuk kemudahan dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran masing-masing seiring dengan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta kaedah baharu pembelajaran.
Skim pinjaman ini dibuka kepada pelajar IPMA yang mengikuti program secara pengajian sepenuh masa di peringkat persediaan/prauniversiti, sijil, diploma dan ijazah sarjana pertama (sarjana muda).
Permohonan SKIPMA telah dibuka secara atas talian mulai 10 Ogos sehingga 23 Ogos 2022.
Pelajar IPMA Layak Memohon
Pelajar tajaan MARA dibawah institusi IPMA seperti dibawah yang layak
memohon:
- Kolej MARA (KM).
- Institut Kemahiran MARA (IKM).
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM).
- MARA Japan Industrial Institute (MJII).
- Kolej Profesional MARA (KPM).
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
- Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM).
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM).
- German Malaysian Institute (GMI).
Syarat Kelayakan
Pelajar yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa adalah Bumiputera dan warganegara Malaysia.
- Pemohon sedang mengikuti pengajian sepenuh masa di peringkat Persediaan/Pra-Universiti, Sijil, Diploma atau Ijazah Sarjana Pertama (Sarjana Muda).
- Pemohon tidak mendapat kemudahan pinjaman atau kemudahan komputer dari badan penaja/pihak lain.
- Baki pengajian tidak kurang satu tahun dari tarikh permohonan dibuat.
- Pemohon layak memohon satu kali pinjaman bagi setiap peringkat pengajian.
Amaun Pinjaman
Amaun pinjaman komputer maksimum adalah sebanyak RM3,000 sahaja dan tertakluk kepada harga sebenar komputer tersebut.
Pinjaman ini tidak dikenakan sebarang kadar faedah dan perlu dibayar balik sepenuhnya.
Bayaran Balik
Tempoh bayaran balik bagi SKIPMA ini adalah selama 18 bulan dan bayaran balik bermula setelah tamat pengajian.
Pengiraan bayaran ansuran bulanan adalah seperti berikut:
Nilai pinjaman (RM)
———————————————– = Kadar ansuran (RM) bulanan
Tempoh bayaran balik (18 bulan)
Perlu diingatkan, peminjam yang menarik diri atau diberhentikan pengajian dan menamatkan pengajian adalah bertanggungjawab untuk menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tamat pengajian.
Penjamin Yang Diperlukan
Permohonan SKIPMA perlu mempunyai penjamin dan syarat-syarat penjamin adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Penjamin berumur 21 tahun dan ke atas.
- Penjamin mestilah terdiri daripada ibu/bapa/penjaga/ahli keluarga.
- Pendapatan kasar penjamin mestilah sekurang-kurangnya RM500.
Cara Memohon
Pelajar yang ingin membuat permohonan SKIPMA, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web aplikasi.mara.gov.my/skip
- Klik butang ‘Permohonan Online.’
- Isi maklumat yang dikehendaki pada 6 halaman dan klik butang ‘Next.’
- Apabila sampai ke paparan terakhir, klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai SKIPMA, sila hantar email ke alamat [email protected].