Tawaran Kredit e Tunai RM100 Untuk Golongan B40, M40

Kerajaan telah mengumumkan pemberian kredit e tunai RM100 kepada semua warganegara Malaysia dewasa yang berpendapatan RM 100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif ini diberikan susulan kepada impak besar serta sambutan yang cukup menggalakkan daripada program etunai kepada masyarakat dalam negara.

Kredit e Tunai RM100
Sumber : Malaysia MADANI

Dianggarkan seramai 10 juta rakyat yang merangkumi golongan B40 dan M40 bakal menerima manfaat dan melibatkan dana sekitar RM 1 bilion.

Insiatif ini diumumkan ketika beliau berucap dalam Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI yang berlangsung pada 27 Julai lalu.

Kredit e Tunai RM100

Selain pengumuman pemberian kredit eTunai RM 100 Untuk Golongan B40 dan M40, kerajaan turut berkongsikan perancangan pada masa akan datang iaitu : 

  • Kerajaan akan menambah peruntukan bernilai RM 400 juta bagi pinjaman mikro di bawah agensi termasuk Tekun, MARA, Teraju dan SME Corp. 
  • Kerajaan akan menumpukan usaha bagi mengantarabangsakan syarikat pemula serta PKS tempatan. 
  • Kerajaan mengalu-alukan syarikat pemula tempatan seperti PolicyStreet, Dropee, Lapasar dan Funding Societies yang boleh menjadi agen perubahan sektor PMKS melalui penyediaan pembiayaan alternatif seperti equity crowdfunding
  • Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju.
  • Kerajaan akan menumpukan usaha untuk mengantarabangsakan syarikat pemula dan PKS tempatan.
  • Pengukuhan kewangan Islam akan menekankan pembiayaan ekuiti termasuk venture capital, equity crowdfunding dan ekonomi digital Islam, kewangan sosial Islam termasuk zakat, wakaf dan sadaqah, serta kaedah blended finance
  • Kerajaan akan melaksanakan dasar yang menyokong peningkatan upah berbanding KDNK kepada tahap 45 peratus selaras tahap negara lebih maju
  • Kerajaan berhasrat laksanakan levi pekerja asing berperingkat dengan sebahagian peningkatan hasil levi dikhususkan untuk program automasi serta latihan untuk pekerja tempatan
  • Kerajaan akan melaksanakan dasar perindustrian mengikut geografi iaitu pengkhususan aktiviti dan pelaburan mengikut wilayah supaya sejajar dengan kelebihan serta tahap pembangunan setiap wilayah 
  • Kerajaan sediakan bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah, RM200 kepada pesara kerajaan 
  • Jaminan kerajaan sehingga RM5 bilion di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan untuk bantu rakyat miliki rumah
  • Kerajaan jamin tidak abaikan rakyat dalam hadapi cabaran kos sara hidup, terus sedia bantuan kepada yang memerlukan.

Setakat ini, masih belum diumumkan bilakah rakyat Malaysia bakal terima kredit e tunai RM100 ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan dari kerajaan dari semasa ke semasa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!