STR Fasa 3 – Tarikh, Semakan & Jumlah Bayaran
Semakan STR Fasa 3 berpandukan kepada maklumat daripada Kementerian Kewangan yang diumumkan ketika pembentangan Bajet 2023.
Tarikh pembayaran STR 2023 akan dilaksanakan 4 kali setahun, iaitu bayaran untuk fasa 3 akan dibuat dalam bulan Julai 2023 berdasarkan jadual tarikh pembayaran STR yang dikeluarkan oleh Kementertian Kewangan Malaysia (MOF).
Manakala tarikh rasmi akan di umumkan kemudian.
Jumlah Bayaran STR Fasa 3
Untuk jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima bantuan sumbangan tunai rahmah,anda boleh rujuk jadual seperti berikut ;
i) Kategori Isi Rumah Kahwin – Tiada had umur
A. Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah:
- 0 anak : RM 300
- 1-2 anak : RM400
- 3 -4 anak : RM600
- 5 anak ke atas : RM800
B. Pendapatan Isi Rumah RM2501 – RM5000
- 0 anak : RM0
- 1-2 anak : RM150
- 3 -4 anak : RM200
- 5 anak ke atas : RM250
ii) Warga Emas Sebatang Kara – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
iii) Kategori Bujang – Pemohon berumur 21 – 59 Tahun : RM150
iv) Bujang OKU 19-59 tahun Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM150
v) STR Tambahan bagi *Kategori Isi Rumah Miskin Tegar Tiada Had Umur Pendapatan di bawah PGK Miskin Tegar RM1,169 (Tambahan RM600)
- 0 anak : RM 100
- 1-2 anak : RM100
- 3 -4 anak : RM100
- 5 anak ke atas : RM100
Nota :
*Tersenarai miskin tegar dalam rekod data e-Kasih (ICU JPM) Semakan Status Daftar e-Kasih
** Sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas
Tarikh Pembayaran STR Fasa 3
Bagi sumbangan tunai rahmah fasa 3, tarikh pembayaran akan dibuat pada bulan Julai 2023 secara berperingkat seperti mana yang telah di maklumkan menerusi pembentangan belanjawan 2023 yang lalu
Semakan Status Kelulusan STR
Semakan status kelulusan STR boleh dibuat secara dalam talian (online) dan secara fizikal melalui kaedah berikut;
- Portal rasmi STR: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi platform Android dan di App Store bagi platform iOS
- Menghubungi LHDM
- Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
- Hadir ke cawangan LHDNM yang berhampiran
Cara Login STR Fasa 3
Bagi anda yang terlupa berikut langkah-langkah untuk login mystr
- Buka aplikasi MySTR pada Layari portal STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Log Masuk MySTR adalah seperti berikut:
- Klik Log Masuk STR
- Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
- Klik Butang Semak
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
- Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
- Klik Log Masuk
Bagi anda yang pertama kali menerima bayaran str fasa 3, anda perlu daftar terlebih dahulu di MySTR Login.
Melalui MySTR ini, ianya adalah digunakan bagi pemohon yang telah mempunyai rekod permohonan STR 2023 yang menyediakan fungsi seperti berikut:
- Semakan Status Permohonan
- Kemas Kini Permohonan
- Cetakan Permohonan
- Tukar Kata Laluan
- Maklum Balas
- Peti Mel
Sekiranya anda terlupa kata laluan str fasa 3 login di portal https://bantuantunai.hasil.gov.my/, anda boleh semak cara untuk panduan terlupa kata laluan MySTR
Kaedah Pembayaran
Bayaran sumbangan tunai rahmah fasa 3 akan terus di buat ke akaun bank bagi penerima yang mempunyai akaun bank
Bagi yang tidak mempunyai akaun bank, pembayaran boleh dituntun di BSN dengan mengemukakan kad pengenalan pemohon
Soalan Lazim F.A.Q
Bayaran akan dibuat pada Julai 2023
Jumlah bayaran bermula dari RM100 -RM800 mengikut kategori