Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu
Permohonan bantuan ibu tunggal 2022 terengganu secara online di buka mulai 24 Ogos sehingga 3 September 2022 melalui ibantuan Terengganu. Bantuan ini terbuka kepasa semua wanita berstatus ibu tunggal pendapatan isi rumah di bawah RM2500. iBantuan terrenganu bantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut
Tarikh Permohonan iBantuan
Tempoh permohonan i-bantuan dibuka secara online dari 24 Ogos hingga 3 September 2022
Kadar Bantuan
Tunai RM150 one-off
Syarat permohonan
- Terbuka kepada semua wanita yang berstatus IBU TUNGGAL.
- Penerima bantuan i-Fitri TIDAK LAYAK memohon.
- Pendapatan isi rumah pemohon di bawah RM2500 sebulan.
- Penjawat awam / kakitangan kerajaan TIDAK LAYAK memohon.
Syarat Ibantuan
- Pemohon adalah rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
- Maklumat pemohon mestilah telah ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT 20).
- Pemohon adalah pengundi berdaftar di Negeri Terengganu.
- Permohonan mestilah dibuat secara atas talian melalui sistem i-Bantuan.
Bagi yang belum mendaftar PRT20, berikut info untuk anda
Borang PRT20 – Sistem Profil Rakyat Terengganu
- Borang PRT20 sangat perlu diisi oleh semua rakyat Terengganu.
- melalui PRT20, ia akan membantu kerajaan mewujudkan satu pengkalan data rakyat Terengganu.
- Tujuan PRT20 diwujudkan adalah untuk memudahkan kerajaan merancang agenda kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan lebih berkesan dan menyeluruh.
Oleh itu, Semua rakyat Terengganu diseru untuk mengisi dan melengkapkan data Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
bagi mengelakkan sebarang keciciran maklumat serta memudahkan urusan kerajaan dalam pelbagai sektor pada masa depan
Cara Mengisi Borang PRT20
- Untuk memastikan nama berada di dalam sistem PRT20, sila muat turun Borang PRT20, lengkapkan, dan hantar terus kepada JPKK atau Pusat Khidmat Masyarakat DUN
.
Borang Permohonan Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu
Sila muat turun borang permohonan seperti dalam lampiran di bawah atau melalui pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my/
Kerajaan Negeri Terengganu telah membuka permohonan kepada ibu tunggal yang memerlukan bantuan one-off yang disediakan menerusi Bantuan Ibu Tunggal.
Bantuan Ibu Tunggal ini adalah bantuan one-off yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu khas kepada ibu tunggal di negeri tersebut
Cara Memohon Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu
Permohonan boleh dibuata menerusi langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari laman web https://ibantuan.terengganu.gov.my/#/.
- Klik bahagian ‘Daftar.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Sekiranya maklumat pemohon (KIR) tiada dalam sistem PRT20, maka pemohon berkenaan tidak akan Berjaya mendaftar dalam sistem iBantuan.
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Klik butang ‘Mohon’ pada ruangan Bantuan Ibu Tunggal.
- Baca syarat permohonan dan klik butang ‘Berikutnya.’
- Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Semak.’
- Jika berjaya, isi borang permohonan dengan lengkap.
- Klik butang ‘Simpan dan Cetak.’
- Lengkapkan lampiran yang diperlukan.
Maklumat Lanjut
Sekinya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Ibu Tunggal 2022 Terengganu , sila hubungi Pusat Khidmat Masyarakat DUN masing-masing.