Skim Makmur Ternak Pahang 2022 Untuk Penternak Ruminan

Skim Makmur Ternak Pahang 2022 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa tawaran bagi Skim Makmur Ternak Pahang kini dibuka kepada semua penternak kecil ruminan.

Skim ini dibangunkan bagi membantu penternak mengekalkan sumbangan mereka dalam pengeluaran daging ruminan tempatan dan pada masa yang sama mensasarkan peningkatan pendapatan di kalangan golongan penternak.

Baca Juga : Belanjawan Pahang 2022: Saguhati RM200 Untuk Setiap Kelahiran Bayi

Skim ini menawarkan dua instentif geran kepada penternak iaitu :

  • Geran Pemadanan

Geran ini ditawarkan untuk bekalan induk / baka ternakan.

Nilai maksima yang ditawarkan bagi skim ini ialah sehingga RM 10,000 bagi setiap pemohon. Pemohon juga sidyaratkan untuk menanggung 10 % daripada kos nilai ternakan.

  • Geran Penuh

Geran ini pula ditawarkan bagi bantuan input ladang / bahan binaan untuk infrastruktur dan pembaikan kandang.

Nilai maksima geran ini adalah sebanyak RM 5,000.00 bagi setiap individu.

skim makmur ternak pahang

Tarikh Permohonan

Penternak yang berminat boleh kemukakan permohonan bermula 1 Februari 2022 hingga 28 Februari 2022.

Syarat Permohonan

  • Penternak hendaklah penuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
  • Pemohon perlu berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang dan mempunyai ID Premis.
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun pada tahun semasa dan bermastautin di negeri Pahang.
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman SPT, PAWAH, TRUST atau telah disenaraikan sebagai projek di bawah bantuan DVS Malaysia / DVS negeri Pahang .
  • Pemohon berpengalaman dalam bidang penternakan sekurang-kurangnya selama 1 tahun.
  • Pemohon memiliki kawasan menternak dan sumber makanan yang mencukupi.
  • Pemohon memiliki kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai dengan menyertakan geran tanah / Surat Kebenaran Guna Pakai Tanah / Perjanjian Guna Pakai Tanah.
  • Pemohon merupakan penternak kecil atau sederhana sedia ada yang berdaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.
  • Pemohon memiliki modal tunai sekurang-kuranya 10 % daripada perolehan induk ternakan (bagi geran pemadanan 10 :90 bantuan induk ternakan ruminan).
  • Pemohon yang melepasi saringan pertama perlu lalui verifikasi lawatan siasat ke tapak projek.
  • Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk pemantauan projek selama 2 tahun.

Cara Memohon

Pemohon boleh ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut :

Sila muat turun borang di pautan

Borang Makmur Ternak

Isi borang permohonan selengkapnya dengan butiran yang betul.

Sediakan bersama dokumen yang diperlukan.

Borang permohonan serta dokumen perlu dihantar kepada PejabatJabatan Veterinar berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Borang permohonan perlu disertakan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan.
  • Geran tanah/surat kebenaran guna pakai tanah/TOL/perjanjian sewaan atau lain-lain.
  • Salinan pendaftaran ID Premis.
  • Salinan sijil kursus (jika ada).
  • Gambar projek semasa (jika ada).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Skim Makmur Ternak Negeri Pahang, sila layari laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinari Negeri Pahang.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!