STR Bujang – Jumlah & Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rahmah

STR Bujang : Syarat, Kadar & Tarikh Pembayaran

Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat beberapa pembaharuan telah diperkenalkan dalam Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, inisiatif yang dilaksanakan di bawah Konsep Payung Rahmah ini ditawarkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia dalam menangani cabaran kos hidup terutamanya bagi golongan B40.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bakal menyalurkan sumbangan tunai berjumlah sehingga RM 3,100 dengan peruntukan hampir 8 billion.

8.7 juta rakyat Malaysia dianggarkan bakal menikmati inisiatif ini.

STR Bujang

Bagi kategori bujang, kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan nilai bantuan tunai kepada RM 350.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai informasi terkini STR Bujang.

Baca Juga : Permohonan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah

Syarat Kelayakan STR Bujang

Pemohon berstatus bujang perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Bujang / Bujang OKU Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan bagi STR Bujang adalah RM 350 dengan pemberian secara berperingkat.

Tarikh Pembayaran

Tarikh pembayaran sumbangan ini adalah seperti berikut :

Fasa PembayaranKadar BayaranTarikh Pembayaran
Fasa 1RM 100Bermula 17 Januari 2022
Fasa 2RM 100April
Fasa 3RM 150Julai
Fasa 40 (Tiada bayaran)November

Permohonan Baharu / Kemas Kini Sumbangan Tunai Rahmah

Untuk makluman, tarikh pendaftaran baharu dan kemas kini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibuka mulai 1 Mac 2023 sehingga 31 Mac 2023.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk permohonan baharu STR 2023 :

1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 https://bantuantunai.hasil.gov.my/

2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.

STR Bujang

3. Isikan maklumat pemohon dengan tepat dan betul. Ruangan (*) adalah mandatori diisi.

4. Klik butang Teruskan setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.

5. Seterusnya, isi kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang SAHKAN CAPTCHA.

6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick butang berikut.

7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan.

8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan

Anda boleh rujuk panduan bagi permohonan baharu secara lengkap menerusi lampiran berikut :

Soalan Lazim STR Bujang

Bagaimana cara untuk membuat semakan status?

Anda boleh ke pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bilakah Tarikh Bayaran Fasa 1,2,3 dan 4?

Pemberian bantuan dijangka bakal dilaksanakan mengikut tempoh berikut :
Januari Fasa 1 = RM 100 (telah dibayar)
April Fasa 2 = RM 100
Julai Fasa 3 = RM 150
November Fasa 4 = Tiada bayaran

Bagaimanakah kaedah pembayaran bagi STR Bujang?

Pembayaran STR adalah sama seperti kaedah pembayaran BKM sebelum ini iaitu :

Menerusi akaun bank terkini yang didaftar dalam tempoh pengemaskinian/permohonan atau kredit ke akaun bak sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.

Untuk penerima tanpa akaun bank, kaedah pembayaran adalah seperti berikut :
Tiada Akaun – Penunaian di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Tiada Akaun (Pedalaman Sabah / Sarawak) – Penunaian pembayaran Fasa 1 di kaunter Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.

Bagaimanakah cara untuk semak status STR?

Status kelayakan pembayaran STR fasa 1 boleh disemak mulai 17 Januari 2023. Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

STR Bujang

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pemberian STR Bujang, sila layari pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Anda juga boleh hubungi talian bantuan khas seperti berikut :

Hotline STR LHDNM

1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline STR MOF

03-8882 4565

03-8882 4566

e-mel : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!