Sistem eKasih: Pendaftaran & Semakan Status Penerima Bantuan

sistem-ekasih

Untuk makluman, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu sistem pengkalan data keluarga miskin di peringkat nasional di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) iaitu sistem eKasih.

Sistem diwujudkan untuk bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan yang dijalankan di seluruh negara.

Sistem ini juga maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Oleh itu, keluarga miskin di seluruh negara perlu mendaftar di dalam sistem eKasih ini bagi memastikan setiap bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dapat diterima terus kepada mereka.

Komponen Data

Komponen data eKasih terdiri daripada maklumat-maklumat asas seperti:

  • Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Ahli Isi Rumah (AIR)
  • Maklumat Lokasi
  • Kediaman
  • Pendidikan
  • Kemahiran dan Pekerjaan
  • Pemilikan Harta
  • Kesihatan
  • Pendapatan
  • Bantuan

Syarat Kelayakan

Terdapat dua syarat utama yang melayakkan sesebuah keluarga untuk mendaftar di dalam sistem eKasih iaitu:

  • Warganegara Malaysia.
  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.

Untuk makluman, PGK ialah pendapatan sesbuah isi rumah yang ditetapkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, JPM) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan dan PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2019.

Jadual PGK semasa boleh dirujuk melalui jadual di bawah:

Cara Mendaftar

Pemohon yang ingin mendaftar ke dalam sistem eKasih, mereka boleh berkunjung ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berhampiran.

Pemohon juga boleh menghubungi nombor telefon pejabat PPN terlebih dahulu untuk sebelum pergi ke pejabat PPN.

Proses Perdaftaran & Permohonan

Untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap mengenai proses pendaftaran dan permohonan sistem eKasih ini, sila rujuk dalam rajah di bawah.

Semakan Status

Setelah mendaftar, pemohon boleh membuat semakan status melalui langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Masukkan no kad pengenalan.
  3. Klik butang ‘Klik Untuk Carian.’
  4. Keputusan status pendaftaran dipaparkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai sistem eKasih, sila hubungi Unit Penyelarasan Pelaksanaan JPM di talian 03-8000 8000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You May Also Like