STR 2024 : Cara Kemaskini,Permohonan Baru & Kelayakan

Cara kemaskini & permohonan baru STR 2024 bermula 1 November 2023. Syarat kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah seperti maklumat di bawah.

Permohonan STR 2024 B40,bekerluarga,warga emas dan bujang adalah dibuka sepanjang tahun berbanding STR 2023 yang dibuka hanya sekali.

Inisiatif penambah baikan tempoh permohonan ini bagi membolehkan mereka yang berkelayakan tidak tercicir untuk menerima bantuan ini.

str 2024 sumbagan tunai rahmah

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 akan menerima jumlah bayaran maksimum sebanyak RM3,700 bagi kategori miskin tegar termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

STR 2024 Bujang RM500

Manakala bagi kategori bujang dan isi rumah yang lain, yang diumumkan bakal menerima bayaran STR sebanyak RM500

STR 2024 Kadar Bayaran Mengikut Kategori

str 2024
Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) Maksimum RM3,700
Kategori STR Bil. Penerima Bilangan Anak
0 1-2 3-4 5 ke atas
Isi Rumah (Asas) Kurang RM2,500 3.1j RM1,000 RM1,500 RM2,000 RM2,500
Isi Rumah (Asas) RM2,501 -RM5,000 1.0j RM500 RM750 RM1,000 RM1,250
Warga Emas Bujang 1.3j RM600
Bujang pendapatan Kurang RM2,500 3.3j RM350

Semua penerima STR mulai 2024 akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kerajaan juga memperkenalkan dua kategori baharu STR iaitu STR Isi Rumah Miskin dan STR Miskin Tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Contoh, kategori bagi kategori STR Miskin Tegar, kategori ini layak menerima RM100 sebulan selama 12 bulan di bawah Program SARA mulai Januari 2024 serta juga layak mendapat STR hingga RM2,500 (bergantung kepada bilangan anak)

Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah

Ramai yang keliru tentang bayaran STR RM3,700. Sebagai makluman jumlah tersebut adalah jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 termasuk jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM1,200.

Anda boleh rujuk pada jadual berikut.

Kategori STR STR SARA Jumlah Bantuan Diterima
Isi Rumah (Asas) Kurang RM2,500
bilangan anak 5 orang dan ke atas
RM2,500 RM1,500 RM3,700

Maklumat tersebut boleh disemak menerusi dokumen belanjawan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Manakala untuk penerima bayaran SARA maksimum adalah untuk penerima STR yang dikategorikan sebagai miskin atau miskin tegar.

Cara Kemaskini

Permohonan yang perlu membuat kemaskini STR 2024 adalah ;

  • Permohonan yang tidak kemas kini dalam tempoh 3 tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2023 dan STR 2023 kecuali warga emas dan pendalaman Sabah / Sarawak
  • Penerima STR 2023 yang mempunyai perubahan maklumat

Untuk kemaskini STR 2024, sila ;

  • Log in https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Kemaskini Permohonan
  • Kemaskini maklumat yang berkaitan
  • Muat naik dokumen sokongan yang berkaitan
  • Tekan teruskan untuk pengesahan
  • Masukkan kod captha pengesahan
  • Hantar

Permakluman

  • Sekiranya Pemohon berstatus Kahwin, sila muat naik dokumen sijil perkahwinan atau sila kemukakan sijil perkahwinan asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Cerai, sila muat naik dokumen sijil cerai atau sila kemukakan sijil cerai asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.
  • Sekiranya Pemohon berstatus Kematian Pasangan, sila muat naik sijil kematian pasangan atau sila kemukakan sijil kematian asal dan salinan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Maklumat Pasangan

  • Sekiranya jenis pengenalan pasangan merupakan MyKAS / Sijil Lahir / Pasport. Sila muat naik dokumen salinan pengenalan Pasangan atau kemukakan ke Pejabat HASiL selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan

Maklumat Anak

  • *Sila pastikan sekiranya anak berumur melebihi 19 tahun,sila muat naik dokumen pengesahan pelajar atau sila kemukakan dokumen berkenaan ke Pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan. *
  • Bagi anak yang berumur 19 tahun dan ke atas, sila muat naik dokumen pengesahan pelajar atau sila kemukakan dokumen berkenaan ke pejabat HASiL berhampiran selewat-lewatnya 7 hari selepas permohonan dibuat bagi tujuan pemprosesan permohonan.

Permohonan Baharu STR 2024

permohonan str 2024

Bayaran STR Fasa 4 2023, akan dibuat pada November ini. Manakala bagi permohonan baharu STR 2024, permohonan boleh dibuat pada bulan yang sama iaitu mulai November 2023.

Permohonan baru STR 2024 boleh dibuat secara online dengan melayari https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Atau permohonan juga boleh dibuat dengan hadir ke ;

  • Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)
  • Pejabat Satelit HASiL
  • Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL dengan mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR

Borang Permohonan boleh dicetak oleh pemohon melalui Portal Rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Syarat Kelayakan STR 2024

Syarat kelayakan STR 2024 bekeluarga,b40 dan warga emasa perlulah memenuhi syarat kategori kelayakan seperti berikut:     

i. Isi Rumah 

  • a) Kahwin; atau 
  • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.      

ii. Warga Emas Tiada Pasangan 

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.     

iii. Bujang

  • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.    

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas pada 2024 yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Tarikh Bayaran STR 2024

Bayaran STR 2024 Fasa 1 akan dibuat pada Febuari 2024. Iaitu sebelum sesi persekolahan dibuka dan sebelum masuk bulan ramadan.

Jumlah bayaran bagi fasa 1 adalah sehingga RM500 bagi kategori miskin tegar. Manakala jadual pembayaran bagi fasa seterusnya adalah seperti berikut ;

  • Fasa 2 – April 2024
  • Fasa 3 -Ogos 2024
  • Fasa 4 -November 2024

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda juga boleh download boucher STR 2024 seperti gambar dibawah ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!