Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara

Dalam Majlis Peluncuran Ekonomi MADANI yang diadakan pada 27 Julai lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara. 

Dalam ucapan tersebut, kerajaan menjanjikan komitmen bagi menyelaraskan gaji penjawat awam bergantung kepada kemampuan kewangan.

Sementara ia diperincikan, kerajaan berbesar hati untuk menyediakan Bantuan Khas Penghargaan penjawat awam dan pesara. 

Inisiatif ini diharapkan mampu menyuntik semangat dalam kalangan penjawat awam untuk memberikan khidmat terbaik dan sekaligus dapat menyumbang kepada pembaharuan Ekonomi Madani. 

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini secara lebih lanjut.

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam

Kadar Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara 2023

Kerajaan telah mengumumkan pemberian sebanyak RM 300 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak. 

Di samping itu, penghargaan sebanyak RM 200 pula akan diberikan kepada pesara kerajaan merangkumi beberapa golongan seperti:

  • Pesara berpencen
  • Penerima pencen terbitan
  • Pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen
  • Veteran berpencen dan veteran tidak berpencen

Perdana menteri berkata bantuan yang bakal memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam.

Lebih 1 juta pesara ini akan disalurkan dalam tempoh dua minggu serta sebagai permulaan sementara menunggu selesainya proses perincian bagi pelarasan gaji dan elaun penjawat awam. 

Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam

Selain itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan inisiatif lain antaranya :

  1. Kredit e-tunai RM100 kepada rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
  2. Tambahan RM 100 juta geran padanan digitalisasi bagi membantu PMKS. 
  3. Biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah. 
  4. Tambahan RM 400 juta pinjaman mikro.
  5. Tambahan RM 800 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu air di Kelantan dan Sabah. 
  6. Bantuan khas penghargaan RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara Kerajaan.
  7. Menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% dari harga rumah bernilai sehingga RM300,000.

Tarikh pemberian bantuan 

Bantuan ini akan disalurkan dalam tempoh dua minggu iaitu sekitar minggu pertama dan minggu kedua Ogos. 

Terkini, tarikh rasmi pemberian bantuan ini akan diberikan kepada 10 OGOS 2023.

Ia layak diberikan kepada mereka yang masih berkhidmat pada 10 Ogos ini.

Ia merangkumi pemberian kepada pegawai lantikan tetap, sementara dan Contract of Service (COS), pegawai yang bercuti bergaji penuh, bercuti separuh gaji dan bercuti tanpa gaji.

Kenyataan media (Rasmi)

Soalan lazim (FAQ)

Soalan-soalan lain yang berkaitan, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

Maklumat Lanjut Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam & Pesara

Untuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini mengenai bantuan ini, sila layari laman Facebook rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!