Permohonan Bantuan Kewangan One-Off Rider Makanan Labuan RM300
Penghantar makanan (rider) di Wilayah Persekutuan Labuan kini boleh memohon Bantuan Kewangan One-Off Penghantar Makanan menerusi Perbadanan Labuan.
Bantuan ini disalurkan oleh Perbadanan Labuan bagi membantu dan meringankan beban rider makanan di Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas pendapatan mereka akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Oleh itu, rider makanan di Wilayah Persekutuan Labuan adalah dialu-alukan untuk memohon bantuan ini.
Permohonan bagi bantuan ini telah dibuka secara atas talian dan akan ditutup pada 27 Jun 2021 iaitu hari Ahad jam 11.59 malam.
Jumlah Bantuan
Bagi rider makanan yang layak, mereka akan menerima bantuan secara one-off sebanyak RM300 yang disalurkan melalui Perbadanan Labuan.
Syarat Permohonan
Bagi rider makanan di Labuan yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Warganegara Malaysia.
- Rider makanan yang masih aktif.
- Sumber pendapatan hanya bergantung kepada perkhidmatan menghantar makanan.
- Mempunyai ID rider makanan yang aktif.
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:
- Layari pautan berikut https://forms.gle/4pSw8i4HdA5vjE447.
- Isi maklumat dengan betul dan lengkap.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
- Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan (muka depan sahaja).
- Salinan (Screenshot) nombor ID rider.
- Salinan (screenshot) kali terakhir menerima kerja penghantaran melalui aplikasi servis penghantaran makanan.
- Salinan muka depan penyata bank (memaparkan nama dan no. akaun).
Soalan Lazim
Bagi rider makanan yang layak, mereka akan menerima bantuan one-off sebanyak RM300.
Ya. Bantuan kewangan ini diberikan secara automatik selepas rider makanan tersebut membuat permohonan.
Tidak. Bantuan ini hanya layak kepada rider makanan yang aktif sahaja.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai bantuan ini, sila hubungi Pn. Amalina, Setiausaha Kerja Majlis Belia Labuan di talian 014-312 4459.