Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Bantuan Tambahan STR 2023

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) – Bantuan Tambahan STR 2023

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, terdapat beberapa penambahbaikan telah dilakukan menerusi Sumbangan Tunai Rahmah.

Pemohon boleh menerima bantuan sehingga RM 3,100 berbanding Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM 2,500 sebelum ini.

Penambahbaikan ini mengambil kira isi rumah, lima atau tiga anak dan status miskin. Tambahan sebanyak RM 600 juga ditawarkan kepada pemohon kategori miskin tegar.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Apa Itu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / STR Tambahan?

STR merupakan salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam berhadapan dengan kos sara hidup yang meningkat masa kini.

Pemohon layak untuk menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti yang disenaraikan berikut :

i. Isi Rumah

a) Kahwin; atau

b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

ii. Warga Emas Tiada Pasangan

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan

c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

iii. Bujang

a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan

b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan

c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Kadar Bantuan SARA

Kerajaan bakal menyalurkan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau STR Tambahan berjumlah RM 600 kepada kategori isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCAR MAKANAN ASAS bernilai RM100 bagi tempoh enam bulan.

Kategori Yang Layak Menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / STR Tambahan

Kadar tambahan STR bernilai RM 600 diperuntukkan kepada penerima isi rumah yang telah dikenalpasti dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan STR / Sumbangan Asas Rahmah ini terhad kepada :

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mestilah berpendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi pendapatan.

Semakan Kelayakan

Bagi pemohon yang tidak pasti sama ada tersenarai dalam eKasih, anda boleh semak pendaftaran menerusi pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx

Kadar Bantuan & Cara Penyaluran

Untuk makluman, sumbangan tambahan akan disalurkan dalam bentuk BAKUL MAKANAN dan BAUCAR untuk pembelian barangan makanan asas di pasar raya terpilih.

SARA akan diagihkan menerusi pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak. Maklumat mengenai pengagihan bantuan ini akan diumumkan serta dikemaskini oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan bermula pada bulan Julai hingga Disember 2023.

Anda boleh rujuk jadual di bawah sebagai panduan :

  • SARA 1 – Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – Disember 2023 (RM100)
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan STR, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!