BISTARI 2023 : Bantuan Tabung Pendidikan RM 100 Anak Sabah

BISTARI 2023 : Bantuan Tabung Pendidikan RM 100 Untuk Anak Sabah

Sukacita dimaklumkan bahawa bayi yang dilahirkan di negeri Sabah boleh memohon tabungan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) menerusi Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri (BISTARI).

Inisiatif yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada hujung 2021 ini memakan peruntukan sebanyak RM 5 juta.

Sekaligus, inisiatif ini merupakan tanda komitmen kerajaan negeri dalam aspek pembangunan modal insan di samping menggalakkan ibu bapa untuk menabung bagi tujuan pendidikan sejak awal kelahiran.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan BISTARI 2023.

bistari 2023

Kadar Bantuan Ihsan Tabungan Pendidikan Negeri Sabah (BISTARI 2023)

Kadar bantuan dalam bentuk tabungan sebanyak RM 100 akan dimasukkan ke dalam akaun SSPN bayi yang berkelayakan.

Syarat Kelayakan

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Simpanan sebanyak RM100.00 akan dibuka atas nama bayi dalam akaun SSPN.
  • Bayi tersebut berstatus warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2023 dan ibu/bapa/penjaga yang berasal dari Sabah
  • Simpanan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

Cara Memohon

Terdapat dua kaedah permohonan yang boleh dilakukan olh ibu bapa iaitu :

i) Secara Atas Talian

ii) Permohonan Secara Manual

  • Muat turun borang permohonan di pautan berikut https://cutt.ly/BorangBistari.
  • Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  • Sediakan dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang permohonan beserta dokumen yang diperlukan ke alamat berikut:

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas

Blok A, Tingkat 29, Menara Kinabalu

Jalan UMS, Teluk Likas

88400 Kota Kinabalu, Sabah

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon juga perlu memuat naik atau menghantar secara manual dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Sijil lahir bayi
  • Kad pengenalan ibu bapa

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai BISTARI 2023, sila layari laman Facebook Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas atau rujuk pada cawangan PTPTN berdekatan.

Anda juga boleh hubungi talian 088-369872.

Baca Juga : EFS : Bantuan Bayi Baru Lahir Sarawak RM1000

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!