Bantuan Khairat Kematian BKM 2023 Yang Boleh Dituntut Waris

Bantuan Khairat Kematian BKM 2023 Yang Boleh Dituntut Waris

Tahukah anda, terdapat sebuah Bantuan Khairat Kematian BKM yang boleh dituntut oleh waris mana-mana warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia pada tahun 2023?

Bantuan ikhlas ini diberikan bertujuan untuk meringankan beban ahli keluarga atau waris mereka yang telah meninggal dunia.

Khususnya dalam segi menampung kos sara hidup keluarga dan anak-anak mereka yang telah meninggal dunia.

Apa itu Bantuan Khairat Kematian BKM?

Bantuan Khairat Kematian BKM adalah wang sedekah atau derma / sumbangan ikhlas pada kadar tertentu dan diberikan kepada waris seseorang yang meninggal dunia apabila berlaku kematian.

Bantuan ini diteruskan lagi seperti tahun-tahun lalu untuk meringankan beban dari waris keluarga rakyat Malaysia yang meninggal dunia.

Kadar tuntutan yang boleh dibuat oleh waris

Bantuan wang tunai sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada mana-mana waris yang layak.

Pembayaran secara tunai boleh dituntut di mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia.

Syarat Kelayakan Penerima Bantuan Khairat Kematian BKM

Berikut adalah syarat kelayakan bagi penerima bantuan:

  • Terhad kepada penerima BKM kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan sahaja.
  • SKK layak dituntut waris yang didaftarkan sekiranya pemohon atau pasangan warganegara Malaysia meninggal dunia.
  • Tempoh meninggal dunia : 1 Januari 2023 – 31 Disember 2023.
  • Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meninggal dunia tidak layak SKK.
  • Hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan STR sahaja layak membuat tuntutan SKK.
  • Waris hendaklah terdiri daripada Pasangan / Ibu / Bapa / Anak / Adik-beradik / Cucu sahaja.

*Jika syarat yang disebutkan di atas menepati kriteria si mati, maka anda sebagai waris layak menerima skim ini.

**Namun dengan dengan syarat, nama anda wajib telah didaftarkan dalam borang BK-01 di bahagian D (maklumat waris)

Senarai waris yang layak membuat tuntutan

Antara individu yang layak menjadi waris si mati adalah seperti berikut:

  1. Ibu
  2. Bapa
  3. Pasangan
  4. Anak (anak kandung, anak tiri, anak angkat)
  5. Adik-Beradik
  6. Cucu

Senarai dokumen yang diperlukan

Antara dokumen yang perlu disediakan dan dibawa oleh waris untuk membuat tuntuan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Sijil kematian asal / salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN); dan
  2. Kad pengenalan asal waris; dan
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara waris dan si mati (pemohon / pasangan)
  4. Dokumen pembuktian sekiranya pemohon atau pasangan tidak dapat hadir ke Cawangan BSN. (Boleh rujuk pada puatan Soalan Lazim di bawah)

Cara membuat tuntutan Bantuan Khairat Kematian BKM

Tuntutan boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional BSN. Bawa juga bersama dokumen yang diperlukan.

*NOTA: Anda juga boleh hadir ke kaunter LHDN untuk sebarang pertanyaan.

Tarikh mula dan tarikh akhir permohonan

  • Tarikh kematian: 1 Januari 2023 hingga 31 Disember 2023
  • Tarikh tuntutan : 17 Julai 2023 hingga 31 Disember 2023

Soalan Lazim (FAQ)

Soalan-soalan lain yang berkaitan, anda boleh rujuk pada pautan di bawah:

Maklumat lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Bantuan Khairat Kematian BKM ini, anda boleh layari pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Sebarang pertanyaan juga boleh hubungi pada maklumat berikut:

  • Hotline BKK LHDNM: 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03 – 8882 4565 / 03-8882 4566

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai Bantuan Keluarga Malaysia 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Bantuan Khairat Kematian BKM ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!