Permohonan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022

Program bantuan sekolah negeri Selangor 2022. Permohonan dibuka sehingga 31 April 2022. Ianya merupakan salah satu insiatif kerajaan negeri Selangor di bawah Sistem Smart Peduli Rakyat (SSIPR) .Program ini bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik infrastruktur sekolah kerajaan dan swasta di Negeri Selangor dengan pemberian bantuan sehingga RM50,000.

Pentadbiran negeri akan memberi keutamaan terhadap keperluan perumahan rakyat, perkhidmatan kesihatan yang bersepadu, sistem pengangkutan yang berkesan, kelestarian alam sekitar dan peluang pekerjaan yang berkualiti. Pentadbiran ini akan mengambil langkah yang perlu untuk memastikan matlamat ini tercapai.

Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor

bantuan sekolah negeri selangor

Merupakan bantuan kepada pihak sekolah untuk menambah atau memperbaiki infrasttktur sekolah. Insiatif ini di kendalikan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia BPSM, SUK

Jumlah Bantuan

Maksimum RM50,000

Tarikh tutup permohonan 31 Mac 2022

Syarat Kelayakan

  1. Sekolah-sekolah dibawah kategori berikut layak memohon untuk program ini.
  • a) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • b) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
  • c) Sekolah Mubaligh
  • d) Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK)
  • e) Sekolah Agama Rakyat (SAR)

2. Permohonan mestilah dibuat oleh pihak sekolah itu sendiri atau melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

3. Tujuan permohonan bantuan mestilah di atas sebab-sebab membaik pulih ataupun membina:

Baca juga : Permohonan Hadiah Pengajian IPT (HPIPT) Selangor 2022 RM1,000

  • 1) Kantin
  • 2) Surau
  • 3) Kelas
  • 4) Tandas
  • 5) Bumbung Bocor
  • 6) Dinding
  • 7) Susur Gajah
  • 8) Pagar Sekolah
  • 9) Pintu Kelas, Tandas
  • 10) Gelanggang Bola Keranjang
  • 11) Bilik Guru
  • 12) Perpustakaan
  • 13) Longkang/Perparitan
  • 14) Makmal Sains
  • 15) Makmal Komputer
  • 16) Bangunan Sekolah
  • 17) Bangunan Asrama
  • 18) Mengecat Bangunan Sekolah
  • 19) Kerusi/Meja
  • 20) Saluran Paip Air
  • 21) Pendawaian Elektrik
  • 22) Tingkap
  • 23) Lain-lain

Cara Permohonan

Permohonan boleh di buat secara online menerusi website https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor 2022, sila rujuk pautan berikut: 

https://ssipr.selangor.gov.my/pendidikan/program-bantuan-sekolah-negeri-selangor/

Urusetia:

Unit Pendidikan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-55212279
Fax: 03-55135564

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!