Cara Mohon Projek Khas Tani Pasca Covid-19 Jabatan Pertanian Negeri Perak 2022

Projek Khas Tani Pasca Covid-19 diteruskan bagi tahun 2022. Bantuan berupa input baja dan racun dengan nilai bantuan bernilai RM 3,000 / petani diteruskan.

Di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Perak Prihatin, kerajaan negeri menyalurkan sejumlah peruntukan kepada Jabatan Pertanian.

Dengan bantuan ini diharapkan bebanan petani dapat dikurangkan berikutan peningkatan harga baja dan racun yang meningkat kini.

 

Untuk makluman, permohonan projek khas ini dibuka kepada warga tani yang sedang mengusahakan penanaman tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Permohonan yang mematuhi kriteria permohonan akan di senarai pendek untuk siasatan di lapangan oleh pegawai-pegawai Jabatan Pertanian bagi kelulusan. Hanya pemohonan yang layak sahaja akan dihubungi bagi bantuan ini.

Apa Itu Projek Khas Tanis Pasca Covid-19

projek khas tani pasca covid-19 jataban pertanian negeri perak

Ini adalah salah satu projek Jabatan Pertanian Negeri Perak memberi bantuan kepada petani yang terjejas dengan bencana pandemik Covid-19 selain mengurangkan bebanan petani akibat kenaikan harga input pertanian seperti baja dan racun. Melalui projek ini, secara tidak langsung ianya memberikan sokongan moral dan semangat kepada golongan petani bagi menjamin kelangsungan pendapatan petani dan pengeluaran makanan

Baca juga : BMT RISDA : Bantuan Musim Tengkujuh 2022 Pekebun Kecil

Kriteria dan Syarat Permohonan

  1. Projek sedia ada masih aktif
  2. Terbuka kepada petani negeri Perak
  3. Belum pernah menerima peruntukan dari Jabatan
  4. Status tanah yang sah (Geran/Tol/Pajakan)
  5. Minimum keluasan pemberian bantuan adalah :
    a.    0.4 hektar (1 ekar) bagi sayur buah  dan daun,
    b.   1.0 hektar bagi buah-buahan dan tanaman singkat masa
    c.    minimum 1,000 polibeg bagi petani yang mengusahakan fertigasi.
  6. Dokumen sokongan perlu disertakan ketika lawatan siasatan dilakukan
  7. Lawatan siasatan akan dijalankan untuk kelulusan permohonan
  8. Semua Permohonan akan melalui proses tapisan oleh jawatankuasa sebelum di luluskan

 

Cara Permohonan Projek Khas Tanis Pasca Covid-19

Permohonan hanya boleh dibuat secara talian melalui pautan di link https://forms.gle/pxrXhaKywz5A95dk9 atau dengan scan qr code seperti pada gambar iklan. Permohonan boleh dibuat mulai 1 Mei 2022 sehingga 14 Mei 2022 sahaja. Permohonan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Projek Khas Tani Pasca Covid-19, Jabatan Pertanian Negeri Perak, anda boleh hubungi ;

Alamat : Jabatan Pertanian Negeri Perak Darul Ridzuan,
Tingkat 6, Bangunan Seri Perak,Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,Malaysia.

Emel : doaperak[at]gmail[dot]com
Telefon : 05 – 242 6176 / 05 – 254 1999
Faks : 05 – 242 6177 / 05 – 255 5324
Laman Web : http://www.pertanianperak.gov.my

 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!