Bantuan Warga Emas (BWE) RM 500 Sebulan – Belanjawan 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Warga Emas kini dibuka untuk permohonan. Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu warga emas miskin tegar yang berkelayakan bagi meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai bantuan ini secara lebih lanjut.

Baca Juga : mySalam : Skim Takaful Perlindungan Kesihatan Percuma B40

Kadar Bantuan

Kadar Bantuan Warga Emas (BWE) yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan adalah RM 500.

Bantuan Warga Emas

Syarat-Syarat Kelayakan Bantuan Warga Emas

Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:

– Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa; atau

– Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Per Kapita Semasa

  • Warga emas yang bukan tinggal di:

– Institusi kendalian JKM; atau

– Pusat jagaan harian/berkediaman yang memberi kemudahan/perkhidmatan secara percuma

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.

Kaedah Permohonan

Permohonan bagi bantuan ini boleh dilakukan di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara.

Nota :

  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Dokumen Yang Diperlukan

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta untuk mengemukakan dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian iaitu :

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pemohon boleh lengkapkan SALAH SATU borang berikut :

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan

JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai BWE, sila rujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdekat atau hubungi talian 03-8000 8000.

Anda juga boleh layari pautan budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bwe.html

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!