Permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP

Para asnaf di Wilayah Persekutuan yang menghadapi kesulitan pendapatan, mereka boleh memohon menerusi salah satu bantuan yang disediakan oleh pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) iaitu Bantuan Kewangan Bulanan.

Sebagai agensi yang bertanggungjawab mengurus hal ehwal Islam bagi Wilayah Persekutuan, antara bantuan yang disediakan kepada para asnaf yang layak ialah Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.

Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah untuk membantu para asnaf yang menghadapi masalah pendapatan dengan menyalurkan bantuan bulanan berbentuk wang tunai melalui akaun bank.

Setiap permohonan Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP mestilah melalaui borang permohonan yang dihantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.

Asnaf Yang Terlibat

Sebanyak 4 kategori asnaf yang layak memohon Bantuan Kewangan Bulanan ini iaitu:

  • Fakir
  • Miskin
  • Mualaf
  • Ar-Riqab

Syarat Umum

Pemohon yang ingin memohon bantuan ini perlu memenuhi beberapa syarat umum seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  3. Pemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Bagi permohonan bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah mudah berikut:

  1. Muat turun atau download borang permohonan dengan klik pautan file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan bantuan ini adalah seperti:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
  5. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).
  6. Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).
  7. Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.

Lain-Lain Dokumen

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan sekiranya pemohon tergolong dalam kategori ini:

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai bantuan kewangan ini, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!