JPN eServices: Perkhidmatan Urusan JPN Secara Online

Orang ramai yang ingin melaksanakan urusan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kini boleh melakukannya secara online menerusi sistem JPN eServices.

Untuk makluman, JPN eServices adalah sistem yang diwujudkan oleh JPN bagi memudahkan urusan permohonan orang ramai dan mengelakkan kesesakan di kaunter-kaunter perkhidmatan pejabat JPN.

JPN memberi jaminan bahawa keselamatan maklumat peribadi dan data-data sensitif orang ramai berada di tahap yang tertinggi.

Sehingga Mac 2021, sebanyak 41,816 orang telah menggunakan perkhidmatan JPN eServices sehingga Mac 2021.

Perkhidmatan Yang Boleh Dilakukan

Terdapat 5 perkhidmatan yang boleh dilakukan menerusi sistem JPN eServices iaitu:

  • Perdaftaran Kelahiran
  • Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen (Bukan Islam)
  • Kad Pengenalan 12 Tahun
  • Cabutan Rekod Kelahiran
  • Cabutan Rekod Kad Pengenalan

Syarat Permohonan

Orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan-perkhidmatan di atas perlu memenuhi syarat-syarat permohonan.

i) Pendaftaran Kelahiran

  1. Ibu kanak-kanak mestilah memiliki kad pengenalan bertaraf Warganegara Malaysia/Pemastautin Tetap/Pemastautin Sementara yang memiliki no kad pengenalan 12 digit MyKad, MyPR, dan MyKAS.
  2. Pendaftaran kelahiran dibuka kepada kelahiran yang berlaku di hospital atau klinik integrasi sahaja.
  3. Permohonan kelahiran anak kembar tidak boleh dilakukan melalui JPN eServices.

ii) Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Lesen

  1. Pasangan warganegara Malaysia.
  2. Memenuhi terma dan syarat permohonan perkahwinan secara dalam talian.

iii) Kad Pengenalan 12 Tahun

  1. Kanak-kanak tersebut mestilah berusia genap 12 tahun.
  2. Kanak-kanak tersebut tidak boleh kurang daripada umur 16 tahun semasa membuat permohonan.

iv) Cabutan Rekod Kelahiran

  1. Hanya kelahiran yang berlaku di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Sijil kelahiran pemilik bertaraf warganegara.
  3. Bukan status anak angkat.

v) Cabutan Rekod Kad Pengenalan

  1. Permohonan berdasarkan rekod fizikal daftar kad pengenalan kali pertama, penukaran taraf hidup/terkini dikeluarkan kepada pemilik

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan perkhidmatan melalui JPN eServices, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://www.jpn.gov.my/.
  2. Pilih bahagian ‘Perkhidmatan’ dan klik perkhidmatan yang dikehendaki.
  3. Daftar pengguna baharu dan log masuk ke dalam sistem.
  4. Baca terma dan syarat dan klik butang ‘Setuju.’
  5. Lengkapkan borang-borang yang dipaparkan dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Cetak permohonan selepas pendaftaran berjaya dilakukan.
  7. Bawa slip permohonan tersekut ke Kaunter JPN yang berhampiran.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai JPN eServices, sila layari laman web https://www.jpn.gov.my/.

Leave a Comment