DanaSel : Skim Dana Selangor Bantuan B40 Miliki Rumah Kos Rendah

Permohonan Skim Dana Selangor (DanaSel) kini boleh dibuat menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Ianya dibangunkan dengan tujuan membantu golongan berpendapatan rendah B40 di Negeri Selangor yang tidak layak atau gagal mendapat pinjaman perumahan daripada pihak bank mahupun institusi kewangan. Perumahan dan Hartanah Selangor (PHSSB) bersedia membantu rakyat Selangor bagi tujuan penyewaan dan pemilikan (pembelian) rumah kos rendah atau Rumah Selangorku Jenis A

Apa Itu DanaSel Skim Dana Selangor?

danasel skim dana selangor

Skim Dana – Sel merupakan skim pembiayaan rumah selangorku (dana – sel) melalui skim sewa milik yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi membantu mereka yang telah mendapat tawaran Rumah Selangorku tetapi gagal untuk mendapat pinjaman dari bank.
PHSSB merupakan ejen pelaksana untuk menguruskan Skim Pembiayaan Perumahan Selangorku (Dana-Sel) Konsep Sewa dan Milik bagi golongan peneroka Bandar yang telah dikenalpasti oleh pihak Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).

Melalui skim ini Kerajaan Negeri Selangor akan membeli rumah dan disewakan kepada pembeli. Rumah itu kemudian akan dijual dengan harga jualan yang ditolak sebahagian dari sewa yang dibayar. Peserta program ini boleh melaksanakan tujuan untuk membeli unit rumah berkenaan dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun pada harga asal rumah tersebut bermula dari tarikh ia mula disewakan.

Ianaya merupakan salah satu insiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Perkhidmatan Insiatif Peduli Rakyat (IPR) System Smart Peduli Rakyat (SSIPR)

Inisiatif Peduli Rakyat (IPR)

Hasil kekayaan Negeri Selangor berhak dikongsi bersama rakyat negeri ini. Hasil kekayaan ini diagihkan melalui pelbagai program bantuan dan sumbangan khusus untuk rakyat Selangor.

Program-program ini telah berjaya menyumbang secara terus kepada sebahagian besar rakyat Selangor di mana sehingga kini jumlah sumbangan keseluruhan sudah melebihi RM 1.8 bilion. Hasil dari kejayaan tersebut, program ini telah ditambah dan dipergiatkan lagi supaya lebih banyak kekayaan dan hasil Negeri Selangor dapat dikongsi bersama dan dinikmati oleh rakyat Selangor.

Fasa-fasa berikutnya sentiasa dirancang dan dilaksanakan supaya Inisiatif Peduli Rakyat ini benar-benar memberi manfaat yang maksimum kepada rakyat Selangor

Baca juga : Permohonan Zakat Selangor Peduli, Terhad 15,000 Penerima

Syarat Kelayakan

  1. Pemohon berdaftar di bawah LPHS/PHSSB
  2. Pemohon memohon untuk Skim Danasel
  3. Permohonan akan ditapis oleh PHSSB
  4. Sekiranya pemohon berjaya melepasi proses penapisan, pemohon mestilah menghadiri sesi temuduga bersama LPHS, PWN dan PHSSB
  5. Pemohon yang berjaya mestilah menghadiri sesi taklimat dan membuat pembayaran awal kemasukan
  6. Sewaktu proses kemasukan, pemohon mestilah membuat bayaran deposit 10% daripada harga rumah
  7. Seterusnya pemohon akan melalui proses penyerahan unit pemilikan kosong, penyerahan kunci, tandatangan perjanjian penyewaan, proses pertukaran nama bekalan air dan elektrik dan membuat lawatan periksa unit

Cara Permohonan

JIKA TELAH MENDAFTAR DENGAN LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH SELANGOR (LPHS), SILA SEMAK STATUS PERMOHONAN DAHULU DENGAN LPHS.

JIKA BELUM MENDAFTAR, SILA KE KAUNTER LPHS UNTUK AMBIL BORANG PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH / HUBUNGI:

  1. PEJABAT PENGARAH EKSEKUTIF: 603 – 5544 7000
  2. BAHAGIAN PERUMAHAN: 03-5510 3924
  3. BAHAGIAN PEMBANGUNAN: 03-5544 7906
  4. BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN: 03-5544 7166

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Dana Selangor (DanaSel), anda boleh menghubungi ;

Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd

Tingkat 5 Podium Utara,

Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,

40503 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Tel : 03-5510 3487 samb.108

Website : https://phssb.com/maklumat-dana-sel/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!