Permohonan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT) JKM RM500

Keluarga yang menjaga Orang Kurang Upaya (OKU) telantar akibat sakit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT).

Penerima yang layak menerima BPT ini akan menerima bantuan bulanan daripada JKM sebanyak RM500 seorang.

Tujuan utama BPT ini diperkenalkan oleh kerajaan adalah untuk:

  • Meringankan bebanan yang ditanggung keluarga/penjaga.
  • Menggalakkan keluarga/penjaga untuk menjaga ahli keluarga yang OKU terlantar/ sakit terlantar/ sakit kronik.

Pemberian BTB ini diharap mampu menjaga kebajikan OKU yang telantar dan sakit yang memerlukan sokongan dan bantuan daripada ahli keluarga.

Syarat Kelayakan

Pemohon yang ingin memohon BPT perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Pemohon mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon adalah penjaga sepenuh masa/ memberikan pejagaan rapi kepada OKU terlantar/pesakit terlantar/pesakit kronik yang memerlukan pengawasan dan penjagaan.
  3. Pendapatan bulanan isi rumah pemohon tidak melebihi RM3,000; atau
  4. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia (KPKM).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BPT, ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

1. Sila muat turun borang-borang berikut:
– JKM 18 Borang Permohonan Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf
– JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf
2. Borang-borang terbabit perlu diisi dengan lengkap dan betul.
3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama ke pejabat JKM iaitu:

  1. Kad Pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  4. Salinan penyata gaji (jika ada).
  5. Surat atau memo pengesahan dari hospital atau klinik kesihatan (kerajaan/swasta) atau pegawai JKM yang menunjukkan yang dijaga adalah terdiri daripada OKU yang terlantar atau pesakit terlantar atau sakit kronik.
  6. Salah satu bil utiliti seperti bil air/elektrik/telefon/Astro (bagi pengesahan alamat).
  7. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Soalan Lazim

Berapakah bantuan yang akan diterima seorang bagi penerima BPT daripada JKM?

Bantuan yang diterima oleh penerima BPT daripada JKM adalah sebanyak RM500 sebulan.

Berapakah jumlah pendapatan isi rumah pemohon yang layak untuk menerima BPT?

Pendapatan isi rumah pemohon yang layak menerima BPT mestilah tidak melebihi RM3,000.

Jika saya menjaga adik saya OKU yang sakit secara separuh masa, adakah saya layak menerima BPT?

Tidak. Hanya penjaga sepenuh masa layak menerima BPT.

Adakah pemohon bukan warganegara Malaysia layak memohon BPT?

Tidak. Hanya pemohon warganegara Malaysia layak memohon BPT.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BPT, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!