Permohonan Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Bulanan MAIWP

Para asnaf di Wilayah Persektuan yang layak dan memerlukan bantuan kini boleh memohon Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan melalui Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Untuk makluman, MAIWP ditubuhkan pada 1 Februari 1974 bersempena penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mengurus hal ehwal Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sebelumnya diletakkan di bawah pemerintahan negeri Selangor.

Salah satu skim bantuan yang ditawarkan MAIWP ialah Skim Bantuan Deposit Sewa Rumah & Sewa Rumah Bulanan yang bertujuan untuk membantu asnaf menjalani kehidupan dengan baik dan sempurna dengan mendiami rumah yang selamat dan selesa.

Permohon yang ingin memohon mestilah mengisi borang permohonan yang disediakan dan menghantar ke Pusat Agihan Zakat yang berhampiran.

Asnaf Yang Terlibat

Terdapat 3 kategori asnaf yang layak memohon skim bantuan ini iaitu:

  • Fakir
  • Miskin
  • Mualaf

Syarat Umum

Syarat umum bagi pemohon yang ingin memohon skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah beragama Islam
  2. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  3. Pemohon bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah.

Cara Memohon

Untuk memohon skim bantuan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan dengan menekan pautan file:///C:/Users/mohdi/Downloads/Lampiran%20B%20BORANG%20BANTUAN%20BAITULMAL.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke kaunter-kaunter Baitulmal MAIWP.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang diperlukan bagi permohonan skim bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (perlulah menutup aurat bagi perempuan)
  2. Satu salinan kad pengenalan:
    – Pemohon
    – Suami
    – Isteri
    – Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin/bekerja). Untuk anak angkat, perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan.
  3. Satu salinan penyata gaji/pencen/PERKESO. Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
  4. Satu salinan surat tawaran menyewa rumah dari agensi berkaitan (contohnya: DBKL,Perbadanan Labuan,Perbadanan Putrajaya dan lain-lain).
  5. Satu salinan kad pengenalan pemilik rumah (permohonan sewaan individu).
  6. Satu salinan surat penjanjian sewaan (permohonan sewaan individu).
  7. Satu salinan penyata akaun/surat pengesahan akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) yang menunjukkan maklumat pemilik rumah dan transaksi terakhir/terkini.

Lain-Lain Dokumen

Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sekiranya tergolong dalam kategori ini:

  • Keluarga bercerai: Satu salinan surat perakuan cerai/prosiding mahkamah terkini/pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini.
  • Ahli keluarga telah meninggal dunia: Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.
  • Saudara baru: Satu salinan kad memeluk Islam.
  • Orang Kelainan Upaya: Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
  • Pengidap sakit kronik: Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja.
  • Sedang mengikuti pengajian di IPT: Satu salinan pengesahan pengajian/kad pelajar/surat tawaran belajar.
  • Keluarga bermasalah: Satu salinan laporan polis/surat penjara.
  • Muflis: Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MAIWP ditalian 013-851 3066/013-851 4066/017-851 6066 atau melayari laman web https://www.maiwp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!