Contoh Surat Akuan Pengesahan Pendapatan Yang Mudah

Bagi individu yang tidak mempunyai penyata pendapatan, Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah dokumen yang mengesahkan pendapatan individu terbabit.

Surat Akuan Pengesahan Pendapatan tersebut adalah merupakan dokumen pengganti kepada penyata pendapatan pekerjaan mereka.

Lazimnya, individu yang bekerja sendiri tidak mempunyai penyata pendapatan atau slip gaji yang dikeluarkan oleh pihak majikan.

Oleh itu, jika individu tersebut perlu membuat permohonan atau pendaftaran yang memerlukan penyata pendapatan, mereka boleh mengemukakan surat akuan ini sebagai pengganti kepada penyata pendapatan.

Pihak lain boleh mengetahui jumlah pendapatan sebenar dan kelayakan individu terbabit selepas surat akuan ini diserahkan.

Kepentingan Surat Akuan

Surat akuan ini digunakan untuk membuat permohonan-permohonan tertentu terutamanya melibatkan permohonan bantuan.

Selain itu, surat akuan ini juga digunakan untuk ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di mana-mana sekolah sebagai bukti pendapatan.

Oleh itu, adalah penting untuk seseorang individu mengisytiharkan pendapatan mereka disebabkan mereka tiada bukti penyata pendapatan.

Individu yang membuat pengisytiharan pendapatan ini perlu memastikan bahawa pengisytiharan pendapatan mereka adalah betul tidak berlakunya penipuan.

Surat akuan tersebut mestilah disahkan oleh pihak-pihak yang tertentu yang telah ditetapkan oleh undang-undang.

Pihak Yang Mengesahkan

Surat akuan yang telah ditandatangi tersebut perlulah mendapat pengesahan.

Terdapat beberapa pihak yang boleh mengesahkan surat akuan tersebut yang telah ditandantangi antaranya:

  • Ahli Parlimen
  • ADUN
  • Penghulu
  • Ketua Kampung
  • Pengerusi Penduduk/JKKK
  • Pesuruhjaya Sumpah
  • Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas

Butiran Surat Akuan

Surat akuan ini lazimnya hanya mengandui satu muka surat sahaja dan butiran yang perlu diletakkan adalah butiran-butiran asas.

Butiran yang perlu ada dalam Surat Akuan Pengesahan Pendapatan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No. Kad Pengenalan
  • Alamat
  • Pekerjaan
  • Pendapatan sebulan
  • Tandatangan individu
  • Tandatangan pengesahan
  • Cop rasmi

Contoh Surat Akuan

Antara contoh-contoh surat akuan yang boleh dirujuk dan dijadikan panduan adalah seperti berikut:

i) Contoh Surat Akuan 1

ii) Contoh Surat Akuan 2

Bacaan Lanjut

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai surat akuan oleh pihak peguam, anda boleh menonton video di pautan ini https://www.youtube.com/watch?v=Y_gUyQIQmc8&t=149s

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!