Tol Rahmah : Inisiatif Tol Percuma Sempena Hari Raya Aidilfitri

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma kepada pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri menerusi Tol Rahmah.

Pemberian tol secara percuma ini menandakan keprihatinan Kerajaan Perpaduan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengurangkan kos sempena musim perayaan.

Inisiatif yang berlangsung selama 4 hari ini juga merupakan kali pertama diberikan oleh kerajaan kepada pengguna lebuh raya dan melibatkan semua kelas kenderaan di 33 lebuh raya.

Baca Juga : Hari Raya Aidilfitri 2023 : Tarikh Cuti Umum & Cuti Sekolah KPM

Tarikh Perlaksanaan Tol Percuma (Tol Rahmah)

Untuk makluman, pemberian tol percuma ini akan berkuatkuasa pada tarikh berikut :

  • Bermula jam 12:01 pagi pada 19 April 2023 (Rabu) sehingga jam 11:59 malam pada 21 April 2023 (Jumaat); dan
  • Bermula jam 12:01 pagi sehingga jam 11:59 malam pada 24 April 2023 (Isnin)
Tol Rahmah

Cara Pembayaran Tol Rahmah

Touch ‘n Go

Meskipun tiada bayaran tol dikenakan dalam tempoh 4 hari tersebut, namun pengguna lebuh raya kad Touch ‘n Go masih perlu menyentuh kad di peranti (reader) yang disediakan di lorong tol bagi membolehkan palang tol dibuka.

Smartag dan RFID

Bagi pengguna Smartag dan RFID (kecuali di Lebuhraya Pantai Timur 1 dan Lebuhraya Pantai Timur 2), mereka juga masih perlu memperlahankan kenderaan seperti biasa apabila melalui lorong tol.

Senarai Lebuhraya

Berikut merupakan senarai lebuh raya yang terlibat dalam inisiatif Tol Rahmah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri :

  1. Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS)
  2. Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  3. Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  4. Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  5. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  7. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2)
  8. Lebuhraya KL – Karak (KLK)
  9. Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (LPT)
  10. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)
  11. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  12. Lebuhraya Kajang – Seremban (LEKAS)
  13. Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  14. Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  15. Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  16. Lebuhraya Penyuraian Trafik Lingkaran Kajang (SILK)
  17. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  18. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik KI Barat (SPRINT)
  19. Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
  20. Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART)
  21. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRAND SAGA)
  22. Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (GRAND SEPADU)
  23. Lebuhraya KL – Putrajaya (MEX)
  24. Lebuhraya Duta – Ulu Kelang (DUKE)
  25. Lebuhraya Senai – Desaru (SDE)
  26. Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  27. Lebuhraya KL – Kuala Selangor (LATAR)
  28. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
  29. Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)
  30. Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)
  31. Lebuhraya Setiawangsa Pantai (SPE)
  32. Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE)
  33. Lebuhraya Bertingkat Damansara – Shah Alam (DASH)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai inisiatif Tol Rahmah, sila layari laman web http://www.kkr.gov.my/ms dan https://www.plus.com.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!