Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Pesawah, Pekebun & Nelayan

Sukacita dimaklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan disalurkan kepada 850,000 pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Inisiatif tambahan ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Belanjawan 2023.

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan telah mengumumkan berita baik ini ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara pada 31 Mac 2023.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri.

Baca Juga : STR Fasa 4 2023 Tarikh & Jumlah Bayaran MySTR

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM 200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan sebagai persiapan mereka menyambut Hari Raya tidak lama lagi dengan peruntukan sebanyak RM 170 juta.

Dalam pembentangan Bajet 2023 sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM 300 sebulan kepada nelayan serta RM 200 sebulan untuk pesawah padi bagi tempoh 3 bulan semusim.

Selain itu, sumbangan musim tengkujuh juga dinaikkan kepada RM 800 bagi tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah berbanding RM 600 sebelum ini.

Secara ringkasnya, jumlah bantuan yang akan diterima bagi setiap golongan adalah seperti berikut :

GolonganBantuanJumlah
NelayanRM300 + RM200RM500
Pesawah PadiRM200 + RM200RM400
Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000
Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Sumber : Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM)

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, inisiatif baharu yang diperkenalkan ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Perpaduan dalam menambah baik tadbir urus demi kesejahteraan rakyat secara menyeluruh.

Tambah beliau, pemberian bantuan ini adalah antara yang terbesar pernah diberikan kepada golongan nelayan, pesawah dan pekebun getah kecil.

Kerajaan juga menyifatkan bantuan ini sebagai bukti kesungguhan dan kepekaan Kerajaan Persekutuan dalam mengutamakan kebajikan golongan ini.

Tarikh Bantuan

Bantuan Kewangan Khas Aidilfitri kepada pesawah dan nelayan yang layak secara one-off sebanyak RM200 seorang akan dibayar pada 10 April 2023.

Menerusi kenyataan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, bayaran kepada pesawah akan dilakukan menerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA).

Bayaran kepada nelayan laut dan nelayan darat masing-masing menerusi menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF).

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!