Permohonan Bakul Makanan Penduduk Kampung W.P Labuan

Penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan kini boleh memohon bakul makanan yang diagihkan melalui Perbadanan Labuan.

Pemberian bakul makanan ini adalah untuk membantu penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan yang terjejas dan terputus bekalan makanan akibat pandemik COVID-19.

Untuk makluman, Perbadanan Labuan akan menyalurkan sebanyak 100 bakul makanan kepada setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.

Dengan pemberian bakul makanan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan untuk mendapatkan bekalan makanan terutamanya B40.

Tarikh Permohonan

Penduduk kampung dalam Wilayah Persekutuan Labuan yang ingin membuat permohonan bakul makanan boleh membuat permohonan mulai 2 Ogos 2021 hingga 8 Ogos 2021.

Syarat Permohonan

Tiada syarat permohonan dikenakan bagi penduduk kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.

Ini bermakna, mereka yang memerlukan bantuan bakul makanan ini boleh terus membuat permohonan tanpa dikenakan apa-apa syarat permohonan.

Tatacara Permohonan

Penduduk kampung yang ingin membuat permohonan bakul makanan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Berjumpa dengan ketua kampung dan berikan maklumat kepada ketua kampung (senarai ketua kampung boleh dirujuk melalui pautan https://www.pl.gov.my/direktori/jawatankuasa-pembangunan-dan-keselamatan-kampung-jpkk-wp-labuan/?fbclid=IwAR00HfyQ7oXeJjT61jtW7E70Wk32Xy4d8JfaZpHLUHdGWr7Chis1fNdD1QI).
  2. Ketua kampung diminta mengumpulkan maklumat yang diterima dan menyerahkan kepada Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan (senarai Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan boleh dirujuk melalui pautan https://www.pl.gov.my/direktori/majlis-perwakilan-penduduk-wp-labuan/?fbclid=IwAR2lYzV0fQ_B52ynE9gdk4zjwnTedsJoLKUXjtWsQEhesyL3LcS1jdYj6vY).
  3. Kemudian, ketua kampung dan Pengerusi MPPWP Sub Zon Labuan akan menyerahkan bakul bakanan kepada pemohon yang terlibat.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah bakul makanan yang disediakan bagi setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan?

Sebanyak 100 bakul makanan disediakan kepada setiap kampung di Wilayah Persekutuan Labuan.

Adakah permohonan bakul makanan ini mempunyai syarat permohonan?

Tidak. Mereka yang terjejas boleh memohon bantuan bakul makanan ini.

Adakah saya boleh memohon bakul makanan terus kepada Perbadanan Labuan?

Tidak. Permohonan perlu dibuat melalui ketua kampung masing-masing.

Bilakah tarikh tutup permohonan bakul makanan ini?

Tarikh tutup permohonan bakul makanan ini adalah pada 8 Ogos 2021.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai pemberian bakul makanan ini, sila hubungi Perbadanan Labuan di talian 087-408738.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!