PROTEK HRD Corp: Program Vaksinasi COVID-19 Syarikat Swasta

Majikan di syarikat swasta kini boleh menempah vaksin bagi keperluan organisasi melalui Program Vaksinasi Tenaga Kerja Nasional (PROTEK) di bawah Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp).

Program ini adalah sebahagian daripada inisiatif pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021.

Untuk makluman, PROTEK adalah program vaksinasi majikan COVID-19 di seluruh negara yang diterajui oleh Kementerian Sumber Manusia dan dilaksanakan oleh HRD Corp sebagai usaha untuk mempercepat usaha vaksinasi bagi pekerja sektor swasta.

Tempahan vaksin melalui PROTEK telah dibuka mulai 1 Ogos 2021 melalui laman web PROTEK iaitu https://protek.hrdcorp.gov.my/.

Objektif PROTEK

Objektif pelaksanaan PROTEK seperti yang digariskan adalah seperti berikut:

  • Mempercepat pelaksanaan vaksinasi awam oleh pemerintah dengan memberikan pilihan lain yang efektif untuk melacak program vaksinasi pekerja mereka kepada perniagaan.
  • Menyokong barisan hadapan ekonomi dan industri utama seperti perkhidmatan, pembuatan serta perlombongan dan penggalian dalam menjaga kesihatan dan keselamatan pekerja mereka sambil memastikan perniagaan mereka terus berjalan.
  • Memenuhi permintaan yang dibuat oleh majikan kami yang berdaftar untuk memberi mereka jalan untuk vaksinasi pekerja mereka dengan cepat dan menggunakan pungutan mereka untuk melakukannya.
  • Menyokong hasrat kerajaan dalam mencapai herd immunity pada akhir 2021.

Pelaksanaan PROTEK

Pelaksanaan PROTEK bagi majikan yang telah mendaftar akan melibatkan 4 model iaitu:

ModelTempat VaksinasiKriteria
Model 1Klinik swasta/kemudahan penjagaan primer terdekat yang mengambil bahagian Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 5 hingga 100 orang
Model 2Pusat vaksinasi bergerak Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 100 hingga 500 orang
Model 3Pusat vaksinasi HRD Corp Majikan yang mempunyai pekerja berjumlah 500 hingga 1000 orang
Model 4Vaksinasi di lokasi di premis majikan Majikan yang mempunyai pekerja lebih 1000 orang

Jenis Vaksin & Harga

Vaksin yang akan diberikan menerusi PROTEK ini adalah Sinovac-CoronaVac (Sinovac).

Harga vaksin yang akan dikenakan adalah RM125 bagi setiap pekerja dan kos ini merangkumi:

  • 2 dos vaksin
  • Pegawai kesihatan professional dalam menjalankan proses vaksinasi yang dilantik oleh HRD Corp dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan serta bekalan perubatan yang berkaitan.

Cara Mendaftar

Untuk majikan yang ingin mendaftar menerusi PROTEK, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://protek.hrdcorp.gov.my.
  2. Klik bahagian ‘Sign Up.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Sign Up.’
  4. Log in dengan memasukkan No. Co ID dan kata laluan.
  5. Buat pendaftaran sehingga selesai.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PROTEK, sila hubungi 03-8602 9280 atau menghantar email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!