Skim Agihan Bina Rumah GURU KAFA Negeri Kedah

Terkini Skim Agihan Bina Rumah  Guru KAFA Kedah 2022 telah dibuka. Permohonan adalah dibuka bagi suami atau isteri Guru KAFA menetap atau bermastautin di negeri Kedah.

Guru-guru KAFA yang telah berkeluarga, belum mempunyai rumah dan berminat boleh memohon skim ini.

Pembiayan ini di uruskan melalui Pembiayaan Bank Islam Malaysia Berhad & Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Julai 2022 sehingga 22 Julai 2022 menerusi borang permohonan yang disediakan.

Syarat Permohonan Skim Agihan Bina Rumah GURU KAFA Negeri Kedah

skim agihan bina rumah guru kafa zakat kedah 2022

Syarat permohonan yang ditetapkan bagi permohonan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  3. Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  4. Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  5. Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  6. Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  7. Memiliki geran tanah sendiri yang didaftarkan atas nama pemohon.
  8. Memiliki keluasan tanah sekurang-kurangnya 1,500 kaki persegi dan selamat dibina.
  9. Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIM

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan yang perlu disediakan pemohon adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon, pasangan dan tanggungan.
  2. Salinan sijil perkahwinan, sijil cerai/sijil kematian suami/isteri (jika berkenaan).
  3. Slip elaun Guru KAFA (3 bulan terkini).
  4. Slip gaji pasangan/pengesahan pendapatan.
  5. Surat pengesahan jawatan daripada Majikan.
  6. Penyata bank pengkreditan elaun (3 bulan terkini).
  7. Penyata pendapatan (Borang B/eBE/EA/EC) terkini atau Penyata KWSP terkini.
  8. Salinan geran tanah yang disahkan.

Cara Mohon

  1. Layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun.
  2. Di bahagian “Skim Agihan Bina Rumah” muat turun borang permohonan.
  3. Isi borang dengan menggunakan HURUF BESAR
  4. Pastikan semua maklumat diisi.
  5. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  6. Hantar borang beserta dokumen ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Permohonan Skim Agihan Bina Rumah Guru KAFA Negeri Kedah, sila layari laman web https://www.zakatkedah.com.my/

Soalan Lazim (FAQ)

Siapa yang layak memohon skim ini.

Bagi tahun 2022, LZNK dan BIMB membuka tawaran ini kepada GURU KAFA sahaja.

Apakah syarat permohonan skim zakat ini?

  • Warganegara Malaysia.
  • Suami atau Isteri merupakan Guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
  • Menetap/bermastautin di Negeri Kedah (sekurang-kurangnya 2 tahun).
  • Berumur 25 tahun hingga 50 tahun dari tarikh permohonan.
  • Pendapatan/elaun bulanan isi rumah tidak kurang dari
  • RM 1,000.00 dan tidak melebihi RM 3,000.00.
  • Bukan seorang penghutang penghakiman atau muflis.
  • Melepasi tapisan kelayakan daripada LZNK & BIMB

Bilakah permohonan ini dibuka?

1 Julai – 22 Julai 2022.

Berapakah harga sebuah rumah ini?

RM 57,000

RM 63,000 (bagi daerah Langkawi sahaja)

Berapa kos yang ditaja oleh LZNK?

LZNK membiayai 50% dari jumlah kos sebuah rumah iaitu RM 28,500.00. manakala bagi daerah Langkawi RM 31,500.00.

Berapa Kos Pembiayaan Peribadi (pinjaman) di Bank Islam?

Kos Pembiayaan Peribadi adalah 50% dari kos sebuah rumah. Kadar bayaran bulanan adalah antara RM200-RM300 sebulan dalam tempoh 10 tahun.

Jika tanah tersebut atas nama pasangan, adakah saya layak memohon?

Layak, tanah mestilah milik pemohon atau pasangan sahaja

Jika tanah tersebut atas nama ayah, adakah saya layak memohon?

Tidak layak, hanya tanah atas nama pemohon yang layak dipertimbangkan.

*Dicadangkan pemohon membuat proses memasukkan nama dalam geran terlebih dahulu bagi membolehkan permohonan ini dibuat.

Saya bekerja sebagai guru KAFA di Kedah, tetapi hutang saya melebihi 75% gaji, adakah saya layak memohon.

Tidak layak

Gaji saya sebagai guru Kafa adalah RM 1,200, manakala pasangan saya sebagai Guru Sekolah Kerajaan berpendapatan RM 3,000, adakah saya layak memohon?

Tidak layak, kerana tidak cukup syarat. Pendapatan seisi rumah melebihi RM 3,000.00 sebulan.

Saya bekerja di Pulau Pinang, tetapi tanah di Kedah, adakah saya layak memohon?

Tidak layak kerana tidak melepasi syarat, iaitu menetap dan bekerja di Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun.

Saya seorang Ibu tunggal, bekerja sebagai guru Kafa, adakah layak memohon?

Layak jika cukup syarat.

Siapakah yang TIDAK LAYAK untuk memohon?

  • Bukan warganegara Malaysia.
  • Pendapatan kasar isi rumah melebihi RM 3,000.00 sebulan (Gaji kasar)

Bagaimana cara untuk membuat permohonan?

Klik borang di pautan berikut: https://www.zakatkedah.com.my/muat-turun/

Bagaimanakah kaedah membuat permohonan?

Lengkapkan borang LZNK dan BIMB, dapatkan pengesahan penolong amil dan hantar ke Pejabat Zakat Daerah mengikut alamat pemohon.

Jika saya TIDAK BERKERJA atau TIADA SLIP GAJI, apakah tindakan yang perlu saya buat?

  • Anda perlu mencetak Surat Pengesahan Pendapatan (klik muat turun surat tersebut)
  • Lengkapkan surat pengesahan pendapatan.
  • Dapatkan pengesahan dari Penolong Amil Kariah

Adakah asnaf di luar negeri Kedah layak untuk memohon skim zakat ini?

Tidak layak, bantuan ini dibuka untuk asnaf yang hanya tinggal dan berada di dalam negeri Kedah sahaja.

Sekiranya saya lahir di Perak dan menetap di Kedah melebihi 2 Tahun, adakah saya layak untuk memohon skim zakat ini?

Layak bagi pemohon yang menetap di Negeri Kedah sekurang-kurangnya 2 tahun dan ke atas dengan syarat memiliki tanah sendiri di Kedah.

Jika saya lahir di Kedah tetapi menetap di luar Kedah seperti Perlis, adakah saya layak untuk memohon?

Tidak layak, kerana anda berada di luar negeri Kedah. Sila rujuk pusat zakat negeri masing-masing untuk permohonan zakat.

Saya berstatus bukan warganegara, akan tetapi sudah tinggal di Kedah melebihi setahun. Adakah saya layak memohon skim zakat ini?

Tidak layak kerana permohonan ini dibuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Adakah golongan bujang layak memohon?

Permohonan ini hanya dibuka kepada asnaf yang bekeluarga sahaja.

Bilakah jangkaan skim bina ini akan dibuat jika layak?

Pembinaan akan dibuat pada akhir tahun

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!