UBES 3.0 : Pembiayaan Perniagaan Khas untuk Belia Terengganu
UBES 3.0 : Pembiayaan Perniagaan Khas untuk Belia Sehingga RM 30,000 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan secara atas talian untuk Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES 3.0) kini dibuka.
UBES 3.0
Program UBES 3.0 dilancarkan bagi menggalakkan penglibatan warga belia Terengganu dalam bidang perniagaan terutamanya golongan lepasan SPM dan Sijil Kemahiran yang tidak dapat melanjutkan pengajian ke IPTS atau IPTA.
Program ini juga menyasarkan penglibatan kumpulan belia yang lebih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan sepenuh masa dari usia muda.
Dengan adanya program ini, ia dapat meningkatkan kualiti hidup belia di samping merancakkan lagi sektor ekonomi negeri Terengganu.
Anda juga boleh rujuk pada infografik di bawah untuk keterangan lanjut.
Syarat-Syarat Kelayakan UBES 3.0
Pemohon perlulah menepati syarat-syarat kelayakan yang telah digariskan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 hingga 35 tahun
- Beragama Islam dan memegang status Bumiputera
- Pemohon mestilah dari kalangan rakyat Terengganu, namun permohonan juga terbuka kepada anak rantau Terengganu yang berniaga di luar negeri tersebut.
- Perlulah memiliki tahap pendidikan minimum SPM
- Pemohon perlu lengkap 2 dos vaksin
- Pemohon berminat untuk menjadi usahawan sepenuh masa
- Bagi pemohon yang telah berniaga, perniagaan mestilah beroperasi tidak lebih dari 3 tahun.
Cara Memohon UBES 3.0
- Layari pautan untuk memohon di https://bit.ly/permohonan-UBES
- Isi maklumat yang diperlukan dengan teliti dan klik butang Next
- Muat naik dokumen yang diperlukan
- Klik butang Submit untuk menghantar permohonan. Pastikan anda semak maklumat dan dokumen dengan baik sebelum menghantar.
Senarai Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon UBES 3.0
Para pemohon perlulah kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan kad pengenalan ibu/bapa pemohon (jika berkaitan)
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Sijil lengkap vaksin (2 Dos)
- Sijil SPM atau setaraf (jika berkaitan)
- Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) jika berkaitan
Perincian Pembiayaan
Para belia dari kalangan warga Terengganu bakal mendapatkan pembiayaan perniagaan yang dibahagikan seperti berikut :
- Pengembangan perniagaan : RM 5,000 hingga RM 30,000
- Dana peralatan : RM 5,000
- Dana penjenamaan/branding : RM 2,000
Tarikh Tutup Permohonan UBES 3.0
Bagi belia yang berminat untuk memohon, permohonan bolehlah dibuat atas talian sebelum 9 Januari 2022.
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, pemohon boleh hubungi Bahagian Pembangunan Usahawan, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu di talian 09-6242424.