Program PRIHATIN Kasih: Semakan Bantuan Barangan Dapur RM100

Bagi keluarga miskin bandar di seluruh negara, anda bakal menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 bulan menerusi Program PRIHATIN Kasih yang diterajui oleh Kementerian Kewangan Malaysia.

Program PRIHATIN Kasih adalah salah satu inisiatif kerajaan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang bakal dilaksanakan oleh Yayasan MyKasih dengan sokongan oleh Yayasan Hasanah.

Menerusi program ini, matlamat utama yang disasarkan adalah untuk mengurangkan kos sara hidup golongan miskin yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta bagi pelaksanaan program ini yang bakal memanfaatkan 300,000 isi rumah miskin bandar di bandar-bandar utama seluruh negara.

Apa Itu Program PRIHATIN Kasih?

Untuk pengetahuan, Program PRIHATIN Kasih adalah pemberian elaun yang diberikan kepada keluarga miskin bandar melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan atau MyKad.⠀

Keluarga yang layak menerusi program ini akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama 3 yang mana elaun tersebut akan terus dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka.

Mereka boleh menggunakan elaun tersebut untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka seperti minyak masak, makanan dalam tin, telur, susu bayi, beras, dan sebagainya.

Lokasi Pembelian Barangan

Ketua isi rumah boleh membeli barangan keperluan asas di 300 rantaian pasar raya dan kedai seluruh negara seperti di:

  • Mydin
  • Giant
  • Econsave
  • The Store
  • Pacific
  • Milimewa
  • 99 Speedmart
  • Lotus Stores (Tesco)
  • Kedai-kedai runcit yang terpilih

Tarikh Pelaksanaan

Program PRIHATIN Kasih ini akan dilaksanakan berperingkat mengikut negeri dan bulan iaitu:

NegeriTarikh Pelaksanaan
Selangor dan Kuala LumpurJulai hingga September 2021
Kelantan, Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka, dan TerengganuOgos hingga Oktober 2021
Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah, dan SarawakSeptember hingga November 2021; atau

Oktober hingga Disember 2021

(akan dimaklumkan kemudian)

Semakan Penerima

Program ini tidak memerlukan permohonan dan penerima dipilih melalui data isi rumah yang dibekalkan oleh pihak kerajaan.

Oleh itu, orang ramai boleh membuat semakan status melalui langkah-langkah berikut:

  1. Melayari laman web iaitu https://apps.epetrol.com.my/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx.
  2. Masukkan no kad pengenalan dan Captcha.
  3. Klik butang ‘Semak Status.’
  4. Keputusan kelayakan dipaparkan.
  5. Penerima juga akan menerima SMS dari MyKasih untuk mengesahkan status mereka dan perlu perlu menghadiri taklimat orientasi di kedai runcit yang terlibat mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai Program PRIHATIN Kasih, sila layari laman web http://www.mykasih.com.my/site/prihatin-kasih/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!