Skim AgroMakanan (PENJANA): Pembiayaan Usahawan Mikro & B40

Bagi usahawan mikro dan B40 yang memerlukan bantuan pembiayaan kewangan untuk meneruskan perniagaan, Agrobank menyediakan pakej dana bagi membantu usahawan B40 iaitu Skim AgroMakanan (PENJANA).

Skim ini merupakan satu skim kemudahan pembiayaan yang ditawarkan
melalui Agrobank di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara
(PENJANA) bagi membantu industri pertanian dan makanan yang terjejas
akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Objektif utama pelaksanakan skim ini adalah bagi menyediakan bantuan kewangan kepada usahawan mikro terutamanya komuniti Agro di bawah kategori B40 yang terlibat dengan aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan yang terjejas.

Bgai melaksanakan skim ini, dana sebanyak RM350 juta disediakan bagi membantu usahawan mikro dan B40 yang terlibat.

Jumlah & Tempoh Pembiayaan

Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah sehingga RM50,000 bagi setiap pemohon.

Tempoh pembiayaan bagi setiap pemohon adalah maksima sehingga 5 tahun atau 60 bulan.

Kadar Keuntungan

Kadar keuntungan adalah sebanyak 3.5% setahun atas baki pembiayaan.

Jenis Pembiayaan

Usahawan mikro dan juga usahawan kategori B40 yang terlibat dalam
aktiviti pertanian dan pengeluaran makanan layak memohon skim ini.

Aktiviti perniagaan yang layak untuk dibiayai adalah seperti berikut:

  • Aktiviti penanaman, penternakan (termasuk akuakultur) dan penangkapan ikan yang bertujuan bagi pengeluaran makanan.
  • Aktiviti peruncitan dan pembekalan makanan termasuk yang melibatkan penghantaran dan pemasaran makanan.
  • Aktiviti penyediaan makanan seperti restoran, penjaja, katering, kantin dan yang seumpama dengannya

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia
  2. Pemohon berumur sekurang-kurangnya 18 tahun sehingga 65 tahun semasa permohonan.
  3. Perniagaan pemohon telah beroperasi sekurang-kurangnya 6 bulan.
  4. Pemohon tidak diisytiharkan bankrap
  5. Pemohon tidak mempunyai rekod kegagalan pembayaran kredit dengan mana-mana Bank.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan skim pembiayaan ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Hadir ke mana-mana cawangan Agrobank yang berhampiran dengan lokasi perniagaan pemohon.
  2. Bawa bersama dokumen-dokumen berikut:
    – Salinan kad pengenalan pemohon dan pemohon bersama (bagi permohonan bersama).
    – Penyata akaun simpanan bank atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 6 bulan terkini.
    – Salinan Pendaftaran Perniagaan atau Lesen Peniagaan bagi perniagaan yang melibatkan premis tetap.
  3. Dapatkan borang permohon dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap.
  4. Serahkan borang permohonan dan dokumen yang diperlukan ke cawangan Agrobank tersebut.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Skim AgroMakanan (PENJANA) ini, sila hubungi Pusat Panggilan Pelanggan di talian 1-300-88-2476 atau layari https://www.agrobank.com.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!