Semakan BKP RM500: Status Bantuan Kehilangan Pendapatan

Berikut cara membuat semakan BKP RM500 di bkp.hasil.gov.my

Untuk makluman semua, Bantuan Kehilangan Pendapatan atau BKP akan disalurkan mulai 26 Oktober 2021.

Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Dr Ismail Sabri melibatkan peruntukan sebanyak RM17.1 bilion sehingga hujung tahun, demi memastikan kesejahteraan #KeluargaMalaysia, terutamanya golongan yang mudah terjejas. 

Siapa Yang Layak Bantuan Kehilangan Pendapatan?

BKP merupakan bantuan khas untuk anda yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO sepanjang tahun 2021.

Bantuan ini merupakan sebahagian insentif PEMULIH yang diumumkan baru-baru ini.

Selain BKP, Bantuan Khas COVID-19 turut diumumkan dalam pakej PEMULIH.

Jumlah Bantuan BKP Oktober

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Semakan Status BKP

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021
 melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!