Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara Johor
Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara Untuk Anak Johor
Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) telah membuka permohonan sumbangan tambang melanjutkan pelajaran luar negara.
Sumbangan ini khusus bagi anak-anakk bangsa Johor yang mempunyai kelayakan di bawah terma syarat dan telah ditetapkan MAIJ.
Apa itu Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara?
Sumbangan tambang di bawah MAIJ adalah satu bentuk inisiatif bagi meringankan beban anak Johor yang ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Peringkat pengajian
Semua jenis pengajian atau kursus yang patuh syariah di luar negara.
Syarat kelayakan pemohon
Antara syarakt kelayakan permohonan bagi sumbangan tambang ke luar negara (pendidikan) di bawah Majlis Agama Islam Johor ini adalah seperti berikut:
- Islam
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Lahir dan menetap di Johor
- Telah menerima surat tawaran pengajian daripada universiti
- Tempahan tiket telah dilaksanakan
- Kursus pengajian yang patuh syariah
- Untuk tujuan pendaftaran kali pertama serta tamat pengajian sahaja
- Mod pengajian sepenuh masa dan tempoh pengajian sekurang-kurangnya setahun pengajian.
Cara Memohon Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara Untuk Anak Johor
Untuk memohon sumbangan ini, anda boleh isi puatan Google Form seperti yang berikut:
- Layari laman web permohonan https://forms.gle/F33Ac8RQVZYoEGBk8.
- Isi semua maklumat permohonan yang diperlukan.
- Pastikan semua maklumat permohonan diisi.
- Klik butang “SUBMIT” untuk melengkapkan permohonan.
Dokumen sokongan
Pemohon harus mengemukakan dan memuat naik maklumat peribadi bagi mengisi permohonan ini. Berikut adalah antara dokumen yang diperlukan:
Maklumat pemohon:
- Nama pemohon
- No Kad Pengenalan
- Alamat surat menyurat
- No akaun bank
- Nama bank
- Institusi pengajian
- Kursus pengajian
- Tempoh pengajian
Maklumat bapa/ibu/penjaga:
- Nama
- No Kad Pengenalan
- Pekerjaan
- Gaji Pokok + Elaun
- Nombor telefon
Butiran tanggungan ibu bapa
Lampiran:
- Salinan kad pengenalan
- Slainan tiket penerbangan (salinan tersebut mestilah tertera harga tiket)
- Slip gaji / pengeasahan pendapatan penjaga
- Surat tawaran pengajian / transkrip tamat pengajian
- Salinan passport
- Salinan penyata bank (tertera nombor akaun bank dan nama pemohon)
Tarikh tutup permohonan
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2023 (Ahad).
Soalan lazim yang berkaitan Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara Untuk Anak Johor
Tidak. Hanya mereka yang lahir dan menetap di Johor sahaja yang layak untuk membuat permohonan.
Ya. Syarat kelayakan bagi sumbangan tambang penerbangan ini adalah pelajar telah membuat tempahan tiket penerbangan.
Ya. Hanya pelajar bagi pengajian sepenuh masa sahaja yang layak memohon.
Maklumat lanjut
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengan sumbangan tambang melanjutkan pelajaran ke luar negara di bawah MAIJ, anda boleh hubungi pada talian berikut:
Sebarang info terkini berkaitan, boleh ikuti laman web rasmi dan Facebook rasmi MAIJ:
- Facebook: https://www.facebook.com/zakatjohor
- Telegram: https://t.me/MainjZakat
- Email: [email protected]
- Website: https://www.maij.gov.my/
Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai bantuan pendidikan 2023:
Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai sumbangan tambang melanjutkan pelajaran luar negara ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.