Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani

Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022 untuk Petani ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Skim Tunas Agro Kejora (STAg) kini dibuka.

Program ini merupakan program baru anjuran Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA untuk beri peluang kepada individu dalam wilayah KEJORA yang baru ceburkan diri dalam bidang pertanian secara skala kecil.

Baca Juga : Pembiayaan Skim i-Agro Hijrah Selangor Sehingga RM50,000

Skim Tunas Agro KEJORA (STAg)

Objektif Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) 2022

Objektif bagi program ini adalah seperti berikut :

  • Memberi peluang dan galakan kepada peserta kursus pertanian yang berpotensi terutamanya golongan muda.
  • Membantu mengurangkan modal permulaan kepada peserta projek ekonomi berskala kecil yang baru hendak laksanakan projek pertanian.
  • Bagi melahirkan peserta projek ekonomi berskala kecil yang berilmu pengetahuan dan berkemahiran dalam bidang pertanian di samping menjana pendapatan sampingan.

Perlaksanaan program ini juga diharap dapat melahirkan usahawan pertanian baru di kalangan warga muda di wilayah KEJORA.

Tarikh Tutup Permohonan Skim Tunas Agro KEJORA (STAg)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 MAC 2022 (SELASA) sebelum jam 5.00 petang. Borang yang diterima selepas daripada tempoh tersebut tidak akan diterima dan diproses.

Syarat-Syarat Permohonan

Permohonan program Skim Tunas Agro KEJORA (STAg) adalah adalah terbuka kepada individu yang baru menceburkan diri dalam bidang pertanian yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

i. Pemohon telah menghadiri mana-mana kursus pertanian di bawah anjuran KEJORA sekurang-kurangnya sekali.

ii. Pemohon mestilah berumur diantara 18 hingga 40 tahun pada tahun permohonan;

iii. Pengalaman dalam melaksanakan projek pertanian adalah tidak diwajibkan;

iv. Pemohon mestilah berstatus Bumiputera;

v. Had pembiayaan keatas projek adalah maksimum sehingga RM5,000.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ribu Sahaja) bagi setiap projek;

vi. Jenis bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk perbekalan peralatan dan input pertanian sahaja mengikut keperluan sebenar;

vii. Syarat-syarat lain adalah :

a. Memiliki tapak projek

b. Lokasi projek di dalam wilayah KEJORA

c. Memiliki akaun persendirian atau akaun projek

d. Memiliki sijil kursus & latihan pertanian anjuran KEJORA

e. Mengemukakan kertas cadangan perniagaan

f. Penduduk dalam wilayah KEJORA

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan pendaftaran perniagaan
  • Salinan penyata bank

Semua salinan dokumen perlu dapatkan pengesahan daripada majikan/ penghulu/ Ketua Kampung/ Pegawai A Kumpulan Pengurusan & Profesional Kerajaan.

Syarat-Syarat Bagi Pemohon Yang Berjaya

Pemohon yang berjaya untuk menyertai program Skim Tunas Agro (STAg) ini akan dikenakan syarat-syarat kelulusan tawaran sebagaimana berikut:

i. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk menandatangani surat Aku Janji KEJORA

ii. Peserta yang berjaya hendaklah memastikan peralatan dan input-input pertanian yang dibekalkan digunakan dan dijaga dengan baik.

iii. Peserta yang berjaya dikehendaki untuk mengemukakan laporan prestasi secara berkala pada setiap dua (2) bulan sekali

iv. Peserta yang tidak melaksanakan projek selama 3 bulan berturut-turut boleh dibatalkan daripada program ini.

Pihak KEJORA juga berhak untuk mengambil semula perbekalan peralatan yang masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan untuk diberikan kepada peserta lain yang layak.

v. Peserta hendaklah membenarkan pegawai atau anggota- anggota KEJORA pada bila-bila masa memasuki, memeriksa dan melawat kawasan projek.

vi. Peserta hendaklah bersedia memberikan penerangan dan maklumat yang dikehendaki oleh pihak KEJORA pada bila-bila masa yang diperlukan.

Cara Permohonan

Permohonan  perlu dikemukakan melalui Borang Permohonan yang boleh diperolehi secara percuma melalui kaedah berikut:

Borang Permohonan Skim Tunas Agro ,

atau;

ii. Mengisi borang permohonan secara atas talian melalui google form di pautan berikut :

BORANG PERMOHONAN SKIM TUNAS AGRO (STAg) 2022

atau;

Dapatkan borang permohonan di ibu pejabat KEJORA

di alamat berikut:

LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA,

BANGUNAN IBUPEJABAT KEJORA,

JALAN DATO’ HJ. HASSAN YUNUS,

81930 BANDAR PENAWAR,

JOHOR.

 Permohonan yang lengkap perlulah dikembalikan kepada alamat diatas atau emelkan ke [email protected].

Maklumat Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Pertanian dan Industri Asas Tani, KEJORA di talian 07-8843000 atau 07-8843156.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!