Pakej 5G Rahmah 2023 Celcom, DiGi,Maxis,Umobile,Yes, Unifi

Cara Langgan Pakej 5G Rahmah Celcom, DiGi, Maxis, Umobile,Yes & Unifi Serendah RM35 – RM60 Sebulan Bermula 31 Ogos 2023 – Disember 2023

YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital memaklumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan Pakej 5G Rahmah atau tawaran perkhidmatan internet murah dari pasaran bersempena dengan Bulan Kebangsaan.

Tujuan pakej ini ditawarkan kerajaan adalah untuk merapatkan jurang digital dan memastikan rakyat mendapat internet berkualiti pada harga berpatutan.

Bigung nak pilih pakej rahmah 5g Celcom, Maxis, Umobile, Yes atau Unifi? jom ikuti perkongsian kami untuk buat perbandingan pakej mana yang lebih menarik dan sesuai untuk anda

Apa itu Pakej 5G Rahmah?

Pakej 5G Rahmah

Pakej 5G Rahmah adalah sebuah inisiatif bantuan pakej perkhidmatan Internet 5G dengan telefon pintar 5G pada harga yang sangat murah dari pasaran terkini.

Selain itu, turut diperkenalkan sama Insentif Postpaid Rahmah Penjawat Awam dengan pemberian rebat RM10 sebulan yang akan dinikmati oleh semua penjawat awam di Malaysia.

Pakej ini adalah dari usaha dan kerjasama oleh beberapa pihak.

Antara pihak yang terlibat termasuklah seperti Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) yang terlibat, serta dua syarikat pengeluar peranti iaitu Samsung Malaysia dan Honor Malaysia.

Perincian mengenai Pakej 5G Rahmah

Dalam pakej yang ditawarkan ini, ia dilengkapi dengan:

  • Pakej telefon pintar 5G pelan data (device bundle).
  • Harga telefon pintar jenama Samsung A14 5G dan Honor 90 Lite 5G serendah RM240.00.
  • Pelan data sebanyak 60GB pada harga RM60.00 sebulan.
  • 100,000 pelanggan terawal akan nikmati tawaran ini dengan harga telefon serendah RM120 (untuk B40).
  • Pakej ini akan berada di pasaran bermula 31 Ogos 2023.
  • Kontrak langganan selama 24 bulan.
  • Tempoh selama waranti 2 tahun berbanding hanya 1 tahun sebelum ini.

Subsidi Kerajaan RM120 Untuk Peranti

Kerjaan memberikan subsidi RM120 bagi 100,000 pengguna B40 pertama. Dengan pemberian insentif ini, pengguna boleh membeli telefon 5G tersebut dengan harga hanya RM120.

Cara untuk melanggan Pakej Rahmah 5G dan tebus subsidi ini dari mana-mana penyedia telekomunikasi(Celcom,DiGi,Maxis,Yes, Umobile & Unifi) adalah dengan langkah berikut;

  • Langkah 1: Anda boleh mengunjungi mana-mana kedai cawangan telekomunikasi yang terlibat berhampiran anda untuk menyemak kelayakan anda.
  • Langkah 2: Pastikan anda membawa Kad Pengenalan (IC) anda untuk tujuan pengesahan.
  • Langkah 3: Bagi tahu kepada pelayan yang bertugas untuk membantu anda menyemak kelayakan kategori B40 anda.
  • Langkah 4: Jika layak, anda boleh terus mendaftar untuk Pakej 5G Rahmah dengan rebat dikenakan serta-merta.
  • Langkah 5: Sila ambil perhatian bahawa hanya satu pakej pakej dibenarkan bagi setiap NRIC, untuk 100,000 pendaftaran pertama, merentas semua penyedia telekomunikasi.

Pakej Rahmah 5G Yes

Yes menawarkan dua pelan khas untuk promosi pakej 5G Rahmah, iaitu Yes Power 35 Rahmah dan Yes Infiniti Basic RAHMAH.

pakej rahmah 5g yes

Yes Power Rahmah

  • RM35/sebulan
  • 100GB 5G + 4G Data
  • Kelajuan data tanpa had
  • Panggilan Tanpa Had
  • Data hotspot dikongsi bersama pelan data
  • 1+1 tahun waranti tambahan

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil pelan pakej Yes Power 35 Rahmah, terdapat dua model pilihan peranti iaiatu Vivo Y55+ 5G atau ZTE BladeA73 5G.

Vivo Y55+ 5G

  • Harga Peranti RM240 (RRP : RM1,099 )
  • 6GB RAM
  • Storan 128GB
  • Kontrak 24-bulan
  • Warna pilihan Blue,Black

ZTE BladeA73 5G

  • Harga Peranti RM240 (RRP : RM749 )
  • 4+4GB RAM
  • Storan 128GB
  • Kontrak 24-bulan
  • Warna pilihan, Grey

Yes Infinite Basic RAHMAH

  • Data 5G + 4G tanpa had
  • Kelajuan data tanpa had
  • Panggilan tanpa had
  • Data hotspot 20GB
  • 1+1 tahun waranti tambahan

Untuk pelan pakej Yes Infinite Basic RAHMAH dengan 3 pilihan model peranti iaiatu model Vivo Y55 + 5G, ZTE BladeA73 5G dan Vivo Y27 5G

Vivo Y55 + 5G

  • 6GB + 128GB
  • Telefon 5G PRCUMA
  • Kontrak 24-bulan
  • Warna pilihan, Black,Blue

ZTE BladeA73 5G

  • Telefon 5G PERCUMA
  • 4+4GB RAM
  • Storan 128GB
  • Kontrak 24-bulan
  • Warna pilihan, Grey

Vivo Y27 5G

  • Harga peranti RM100
  • 8GB Ram
  • Storan 128GB
  • Kontrak 24-bulan
  • Warna pilihan ,Black,Purple

Pakej Rahmah 5G Umobile

pakej rahmah 5g umobile

Pakej 5G Rahmah Umobile ialah pelan data 5G dengan pilihan peranti 5G, sama ada Samsung Galaxy A14 5G, Samsung Galaxy M14 5G atau Honor 90 Lite 5G pada harga RM240 dengan U Postpaid 68 berserta rebat RM10/bulan selama 24 bulan.

  • Data Pantas 5G & 4G Internet 200GB
  • Ultra Hotspot 5G Untuk penyambungan
  • semua peranti​
  • Panggilan ke Semua Rangkaian Tanpa Had
  • Perantauan Antarabangsa 5G & 4G Internet (SG, IDN & TH)​
  • Panggilan Masuk Di PerantauanPercuma

Cara untuk melanggan pakej rahmah 5G Umobile, anda boleh kunjungi mana-mana stor UMobile dan pengedar U Mobile di seluruh negara untuk mendaftar

Jika anda adalah pelanggan baru U Mobile, anda perlu mendaftar pakej ini di stori U Mobile atau pengedar U Mobile yang sah. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://www.u.com.my/

Pakej Rahmah 5G Celcom & DiGi

Bagi penyedia telekomunikasi Celcom, DiGi, Maxis menawarkan pelan pakej Rahmah 5G yang lebih kurang sama seperti berikut ;

pakej rahmah 5g celcom
pakej rahmah 5g digi
pakej rahmah 5g maxis

Pelan data internet

  • 5G/4G internet 60GB
  • Panggilan suara tanpa had
  • RM60 /sebulan
  • Peranti pilihan Samsung Galaxy A14 5G pada harga hanya RM119 dan Honor 90 Lite 5G pada harga hanya RM239! 
  • Bagi keluarga kategori B40, anda layak untuk menerima rebat sebanyak RM120 untuk peranti khas. Terus datang ke store rangkaian telekomunikasi terdekat anda untuk semak kelayakan dan melanggan

Pakej Rahmah 5G Unifi

Bagi pakej Rahmah 5G Unifi pula menawarkan pelan data UNI5G Postpaid 60 seperti berikut ;

  • Unlimited 4G/5G
  • 10GB Hotspot
  • Unlimited Calls
  • RM0.15 per SMS
  • Kontrak 24 bulan

Pekej Rahmah 5G unifi juga turut menawarkan peranti Samsung Galaxy A14 5G pada harga hanya RM119 dan Honor 90 Lite 5G pada harga hanya RM239.

Anda juga boleh mendapatkan subsidi RM120 dengan berkunjung terus ke store Unifi berdekatan anda. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://unifi.com.my/

Siapa yang layak mohon?

Terbuka untuk dilanggan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Bila pakej ini bermula?

Pakej 5G yang diperkenalkan ini akan mula berada di pasaran bermula Hari Kebangaan ini iaitu pada 31 Ogos – 31 Disember 2023.

Kenyataan media (Rasmi)

Sebarang maklumat lanjut dan terkini mengenai pakej ini, anda boleh lawati pautan rasmi Kementerian Komunikasi dan Digital atau Facebook rasmi mereka Kementerian Komunikasi dan Digital.

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain bantuan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai pakej 5G Rahmah ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!