Permohonan Geran Bantuan Khas MM2H PEMERKASA One-Off RM3000

Menerusi Program Strategik Memperksa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA), kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan geran bantuan khas kepada Syarikat Pengendali Pelancongan yang layak iaitu Geran Bantuan Khas Malaysia My Second Home (MM2H) PEMERKASA.

Inisiatif ini dilaksanakan bagi membantu meringankan beban yang dihadapi oleh Syarikat Pengendali Pelancongan yang berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang terkesan dengan wabak COVID-19.

Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada kira-kira 697 syarikat MM2H yang berlesen.

Oleh itu, syarikat yang beminat boleh membuat permohonan sehingga 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi syarikat yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hanya dibuka kepada syarikat MM2H yang mempunyai lesen Pengendalian Pelancongan Dalam Negeri (Inbound) di bawah MOTAC sahaja yang layak menerima bantuan kewangan ini.
  2. Permohonan hanya dibuka kepada pemegang lesen yang masih sah berkuatkuasa dengan MOTAC semasa permohonan dibuat layak menerima bantuan kewangan ini.
  3. Untuk lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku pada/selepas 1 Januari 2020 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen berserta dengan bayaran fi proses sebelum/pada 15 Ogos 2021 berdasarkan Garis Panduan Pembaharuan Lesen sedia ada adalah layak menerima bantuan kewangan ini.
  4. Untuk lesen perniagaan pengendalian pelancongan dalam negeri (MM2H) yang telah tamat tempoh sah laku sebelum/pada 31 Disember 2019 dan telah mengemukakan permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh pelaksanaan PEMERKASA 2021 (16 Mac 2021 sehingga 15 Ogos 2021) adalah tidak layak dipertimbangkan untuk menerima bantuan kewangan ini.
  5. Mana-mana Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang mempunyai kompaun tertunggak yang dikeluarkan oleh MOTAC di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] layak untuk menerima bantuan kewangan ini.
  6. Syarikat Pengendali Pelancongan (MM2H) yang layak menerima bantuan ini perlu mengemukakan Borang PEMERKASA MM2H secara dalam talian.
  7. Bantuan Kewangan Geran Bantuan Khas sebanyak RM3000 ini akan diberikan secara one-off kepada lesen Ibu Pejabat yang berdaftar sahaja.
  8. Tarikh tutup permohonan ditetapkan pada 31 Ogos 2021 dan sebarang permohonan yang dikemukakan selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan geran bantuan khas ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web http://www.motac.gov.my/pemerkasamotac2021_mm2h/permohonan.
  2. Klik negeri yang berkaitan.
  3. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Dokumen Yang Diperlukan

Terdapat 3 dokumen yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan iaitu:

  1. Borang Permohonan PEMERKASA MM2H yang lengkap perakuan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat (muat turun melalui pautan http://www.motac.gov.my/images/attachstore/pkp/pemerkasamm2h/Borang-Pemerkasa-MM2H.pdf).
  2. Salinan muka hadapan penyata bank syarikat.
  3. Salinan Lesen TOBTAB atau Salinan Resit Fi Proses Pembaharuan Lesen (jika berkenaan).

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai geran ini boleh dirujuk kepada Pejabat MOTAC Negeri di pautan http://www.motac.gov.my/images/attachstore/pkp/pemerkasamm2h/Senarai_Direktori_Pegawai_Pejabat_MOTAC_Negeri_untuk_dihubungi.pdf.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!