JOPAC (Fasa 2): Cara Membuat Permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021

JOPAC (Fasa 2): Cara Membuat Permohonan Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021 ~ Sukacita dimaklumkan, anda kini boleh memohon Bantuan Keusahawanan Bangsa Johor Packet Food & Delivery Services 2021 bagi fasa yang ke- 2. 

Inisiatif ini merupakan antara usaha Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) untuk membantu rakyat Johor meningkatkan ekonomi keluarga.

JOPAC

Maklumat Asas JOPAC

JOPAC adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk bantuan keusahawanan kepada kumpulan sasar Kerajaan Johor melalui YPKDT dan mula beroperasi secara rasmi pada 16 Ogos 2020 yang lalu. 

Inisiatif ini diwujudkan untuk membantu merangsang pertumbuhan ekonomi keluarga / rakyat melalui aktiviti perniagaan secara domestic yang dikenali sebagai Bangsa Johor Packet Food & Delivery Service (JOPAC). 

Objektif Utama JOPAC

Antara objektif utama JOPAC ialah: 

  • Membantu meningkatkan ekonomi kumpulan sasar melalui peluang-peluang perniagaan dan aktiviti menjana pendapatan menerusi teknologi terkini.
  • Mewujudkan komuniti perniagaan secara atas talian  yang tidak memerlukan modal yang besar.  
  • Menggalak kumpulan sasar dari pelbagai peringkat umur untuk turut sama dalam menggembleng tenaga dan membantu antara satu sama lain dalam mewujudkan platform atau pertemuan dalam menjalankan perniagaan khususnya bagi peniaga secara home-based.
  • Memupuk semangat keusahawanan di kalangan peserta, berdisiplin dan saling bekerjasama antara satu sama lain.

Syarat Permohonan

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Keutamaan diberikan kepada golongan sasar (B40, ibu tunggal, wanita berpendapatan rendah, belia dan ketua keluarga).
  • Pemohon yang mempunyai pengalaman menjalankan perkhidmatan penghantaran (runner) dan mempunyai semangat ingin meningkatkan pendapatan keluarga adalah digalakkan.
  • Mempunyai lesen atau kenderaan sendiri (lesen B2, D)

Cara Membuat Permohonanan 

Sekiranya anda berminat untuk memohon, sila klik pautan yang berikut: 

Sila patuhi arahan untuk mengisi borang seperti di bawah. 

1. Pastikan anda menggunakan tulisan HURUF BESAR sahaja. 

2. Sertakan sekeping gambar berukuran passport & satu salinan kad pengenalan diri.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang maklumat lanjut & pertanyaan, sila hubungi:

Unit Pembangunan Strategik YPKDT di talian 07-2666526 (waktu pejabat Ahad- Khamis | 8.00 pagi – 5.00 petang)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!