Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik Bagi Pelajar IPT

Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik Bagi Pelajar IPT

Pada 12 Julai 2023, kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan pemberian bantuan tiket kapal terbang untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bantuan ini dan cara memohonnya, anda boleh semak perkongsian kami di bawah.

Apa itu bantuan tiket kapal terbang

Bantuan tiket kapal terbang atau lebih dikenali sebagai FlySiswa merupakan salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk membantu pelajar UA mengurangkan beban kewangan pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman semasa cuti semester pengajian.

Inisiatif yang bermula pada 15 Ogos ini dijangka akan memanfaatkan seramai lebih 56,000 pelajar daripada universiti awam dengan peruntukan anggarang berjumlah RM 16.8 juta.

Ia akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell.

Syarikat penerbangan yang terlibat akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM 300 kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus.

Pembelian tiket penerbangan yang terlibat termasuklah bagi laluan-laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Manfaat lain yang boleh para pelajar dapatkan juga adalah membolehkan mereka membuat perancangan tarikh penerbangan dengan lebih teliti.

Sekiranya baucar tersebut mempunyai baki, ia boleh digunakan untuk penerbangan seterusnya atau menambah wang anda sendiri jika tidak mencukupi.

Bantuan Tiket Kapal Terbang

Syarat-syarat kelayakan pemohon

Antara syarat yang dikenakan kepada pemohon yang ingin mendapatkan bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah :

  1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
    • berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
    • berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
    • berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
    • berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
  2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
  3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
  4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
  5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Cara semak kelayakan

Untuk membuat semakan kelayakan, anda boleh ikuti langkah seperti yang berikut.

  1. Layari puatan laman web berikut: https://subsidiudara.mot.gov.my/.
  2. Masukkan no MyKad dan nama universiti.
  3. Klik butang “Semak.”
  4. Lihat status semakan sama ada anda:
    – Tidak layak: Pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada KPT melalui universiti masing-masing.
    – Layak: Mohon baucar digital melalui laman web syarikat penerbangan yang dipilih.

Cara tebus & claim bantuan tiket kapal terbang

Untuk memohon bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan, para pelajar universiti awam perlu mengambil langkah seperti berikut :

(a) Buat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan yang akan dimaklumkan nanti.

Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh membuat semakan dan rayuan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi melalui universiti masing-masing;

(b) Lakukan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di laman sesawang syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar;

(c) Setelah menerima permohonan tersebut, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai credit shell untuk membeli tiket penerbangan.

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM300, baki baucer digital akan kekal dalam credit shell untuk digunakan bagi pembelian tiket seterusnya (Rujuk Lampiran 1 untuk contoh); dan

(d) Gunakan baucar untuk membuat pembelian tiket penerbangan bagi laluan-laluan yang dibenarkan.

Sila rujuk lampiran di bawah untuk keterangan lanjut :

Bantuan Tiket Kapal Terbang

Tarikh penebusan / pembelian tiket kapal terbang

Anda boleh menebus baucar pembelian tiket penerbangan ini pada 31 Disember 2023 nanti.

Namun begitu, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Rayuan bantuan

Sekiranya anda tidak layak menerima bantaun subsidi penerbangan ini, anda boleh mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pendidikan melalui universiti masing-masing.

Terkini, kumpulan pelajar yang layak memohon adalah pelajar yang berdaftar di universiti awam sehingga tahun akademik 2022/2023 pada 30 Jun 2023.

Kenyataan media (Rasmi)

Bantuan Tiket Kapal Terbang
Bantuan Tiket Kapal Terbang

Sumber : Kementerian Pengangkutan Malaysia

Maklumat lanjut

Untuk ketahui perkembangan mengenai bantuan tiket kapal terbang, anda boleh ikuti perkembangan Kementerian Pengangkutan (Ministry of Transport Malaysia) menerusi pautan rasmi berikut:

Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai bantuan 2023:

Diharapkan semoga perkongsian kami mengenai Bantuan Tiket Kapal Terbang ini dapat memberikan anda semua informasi yang bermanfaat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!