Permohonan PPES Siri 2 2021 Negeri Johor: Geran Sehingga RM15,000

Koperasi, persatuan atau pertubuhan berdaftar di Negeri Johor kini boleh memohon geran sehingga RM15,000 melalui Program Pembangunan Ekonomi Setempat (PPES) Siri 2 2021.

Untuk makluman, PPES merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Johor melalui Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Korperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor.

Tujuan program ini dilaksanakan adalah bagi mengenal pasti projek-projek keusahawanan yang berpotensi dan berdaya maju berasaskan komuniti di negeri Johor.

Bagi pertubuhan yang berminat, permohonan PPES Siri 2 telah dibuka secara atas talian sehingga 2 Julai 2021.

Skop Bantuan

Skop bantuan yang ditawarkan adalah geran sehingga RM15,000 yang merangkumi kos berikut:

  • Menaik taraf infrastruktur
  • Pembelian mesin dan peralatan,
  • Latihan dan kursus kemahiran asas yang berkaitan dengan projek.

Walau bagaimanapun, nilai peruntukan yang diluluskan menerusi PPES ini akan ditentukan sepenuhnya oleh pihak Jawatankuasa Kelulusan.

Untuk makluman, geran ini tidak diberikan dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk peralatan, mesin, infrastruktur atau kursus yang berkaitan projek.

Syarat Permohonan

Pertubuhan yang berminat untuk membuat permohonan perlu menepati syarat-syarat permohonan iaitu:

  1. Pemohon mestilah penduduk tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun berturut-turut.
  2. Permohonan hanya kepada dibuka kepada pertubuhan/koperasi/persatuan/komuniti/organisasi bukan kerajaan (NGO) berdaftar dibawah ROS/ROY/SKM/Pejabat Daerah/agensi atau kementerian.
  3. Permohonan terbuka kepada semua projek/perniagaan yang patuh syariah dan telah menjalankan projek sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih.
  4. Projek yang dijalankan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan ekonomi komuniti, mempunyai nilai tambah dan nilai pengganda yang tinggi.
  5. Meningkatkan peluang pekerjaan sekurang-kurangnya sehingga 5 orang pekerja samada secara langsung mahu pun tidak langsung.
  6. Pemohon mempunyai kapasiti, keupayaan, kemahiran dan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan projek.
  7. Komuniti yang memohon mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh dan menjadi keutamaan kepada yang belum pernah menerima mana-mana bantuan Kerajaan Negeri Johor dalam tempoh 2 tahun.

Cara Memohon

Untuk membuat permohoan PPES Siri 2 2021, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut https://tinyurl.com/PPES2021SIRI2.
  2. Isi maklumat dengan lengkap dan betul.
  3. Muat naik dokumen sokongan.
  4. Pastikan segala maklumat yang diisi betul sebelum hantar.
  5. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar.

Dokumen Sokongan

Dokuman sokongan yang perlu dimuat naik semasa membuat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Sijil pendaftaran.
  2. Kertas kerja projek (rujuk panduan di pautan https://tinyurl.com/BahanPPESSiri2).

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai PPES Siri 2 2021, sila hantar email ke pautan [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!