Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)- Panduan Daftar & Semak Perlindungan
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)- Panduan Daftar & Semak Perlindungan
Berita gembira buat semua rakyat Selangor, Kerajaan Negeri Selangor membuka peluang tahun ini untuk anda semua memiliki Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN).
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya, anda boleh semak artikel ini sehingga ke penghujung.
Apa itu Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN)?
Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) adalah sejenis pelindungan insurans am berkumpulan kepada 6 juta rakyat Selangor berumur bermula dari 30 hari ke 80 tahun dengan premium insurans ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Ia merupakan salah satu bentuk inisiatif kerajaan negeri untuk meringankan beban rakyat yang dihimpit pelbagai masalah, melindungi rakyat dengan semangat negeri penyayang.
Jenis perlindungan yang ditawarkan
Syarat-syarat kelayakan pemohon
Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk membolehkan anda berdaftar di bawah skim ini:
- Nombor kad pengenalan anda didaftarkan di negeri Selangor; atau
- Alamat terkini anda didaftarkan di dalam negeri Selangor; atau
- Anda adalah pengundi untuk negeri Selangor
Perlindungan insurans pelajar sekolah
Bagi mana-mana rakyat Selangor yang berumur 7 hingga 18 tahun, anda sudah diberi perlindungan automatik di bawah skim INSAN ini.
Justeru itu, para ibu bapa pelajar berkenaan boleh mendapatkan sijil INSAN anak anda dengan mengikuti langkah seperti yang tertera di bawah
- Muat turun, pasang dan daftar aplikasi Wavpay e-wallet.
- Klik pada banner program.
- Isi maklumat sehingga selesai.
- Klik “tambah pemohon” untuk daftar dan mendapatkan sijil perlindungan anak anda.
- Klik pada e-sijil untuk memaparkan e-sijil anda.
Cara buat semakan status
Bagi membuat semakan status pendaftaran, anda boleh rujuk pada langkah yang diberikan di bawah ini:
- Layari laman web https://programinsan.com/
- Isikan nombor kad pengenalan anda yang sah
- Sila rujuk butiran yang dipaparkan untuk simpanan anda.
Cara buat tuntuan / claim insurans
Bagi urusan tuntutan atau claim insuran yang berkenaan, anda perlu layari laman web rasmi INSAN di pautan: https://programinsan.com.
Pastikan sijil INSAN yang anda miliki adalah benar-benar di bawah nama anda sendiri.
Selain itu, jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan atau kemusykilan lain berkenaan isu tuntutan, anda boleh hubungi Rakan Insurans Rasmi INSAN, AmGeneral Insurance:
- No. talian: 1 800 88 6333
- Email: [email protected]
- Laman web: www.amassurance.com.my
Tarikh pendaftran INSAN
Anda boleh membuat pendaftaran INSAN bermula pada 4 Ogos 2023 (Jumaat).
Info penting
*Pemegang sijil INSAN sedia ada akan ditukarkan ke perlindungan takaful secara automatik setelah tamat tempoh perlindungan dibawah pelan konvensional.
*Tempoh insurans adalah 12 bulan dari tarikh polisi dikeluarkan.
Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN) ini, anda boleh layari website rasmi mereka:
- Facebook: INSAN Selangor
- Laman web: https://programinsan.com/
- Email: [email protected]
- Laman web: ttps://wavpay.net/insan-selangor/
Atau boleh juga hubungi mereka di talian seperti berikut:
- Talian 1: +60162504199 (Malay/Tamil/English)
- Talian 2: +60164354199 (Malay/Mandarin/English)
- Talian 3: +60164474199 (Malay/Mandarin/English)
- Talian 4: +60162534199 (Malay/English)
- Talian 5: +60162514199 (Malay/Tamil/English)
- Talian 6: +60169256627 (Malay/Mandarin/English)
- Talian 7: +60102846627 (Malay/Tamil/English)
- Talian 8: +60109206627 (Malay/Tamil/English)
- Talian 9: +60168416627 (Malay/Mandarin/English)
- Talian 10: +60105616627 (Malay/English)
Anda juga boleh baca informasi kami yang lain mengenai skim bantuan 2023 seperti:
- Sumbangan Tambang Melanjutkan Pelajaran Luar Negara
- Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik
- Inisiatif Sukan Rahmah
Sumber:
- Skim Insurans Hayat Selangor (INSAN). Amirudin Shari