iGems : Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) RM300

Berita baik Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) melalui iGems iaitu Program Insentif Generasi Muda Selangor menawarkan insentif bernilai RM300 dalam bentuk baucer yang boleh ditukarkan kepada tunai.

Kerajan negeri Selangor mempelawa belia-belia berusia 40 tahun ke bawah yang baru berkhawin untuk kali pertama untuk memohon insiatif yang disediakan kerajaan negeri ini.

Insentif ini adalah salah satu bentuk keperihatinan kerajaan negeri Selangor untuk memperkasakan golongan belia Selangor.

Apa Itu iGems ~ Insentif Perkhawinan Belia Selangor

“Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan. Beliau juga tidak hanya mahu fokus kepada pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata malah beliau ingin menekankan aspek memberi daya melalui pemerkasaan kepada para penerima manfaat dan dalam konteks ini adalah kepada golongan belia Selangor yang baru berkahwin.”

Kesinambungan daripada hasrat tersebut, Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.

Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

Baca juga : Emunakahat : Insentif Khas Pasangan Pengantin Pahang

Syarat Kelayakan

  • Suami atau / dan isteri mesti memenuhi syarat pendaftaran iGems
  • Wajib hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri)
  • Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan

Syarat Pendafaran

  • Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja melalui https://yawas.my/igems.php
  • Warganegara Malaysia
  • Kelahiran negeri Selangor atau bukan kelahiran negeri Selangor
  • Bermastautin di negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (alamat mykad mesti negeri Selangor)
  • Pengundi berdaftar di negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat
  • Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat
  • Berumur 40 tahun dan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat
  • Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 september 2018 dan ke atas. (*bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 september 2018 sehingga 31 disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 jun 2020 sahaja)

Nilai Insentif

Pemberian sebanyak RM300.00 seorang (salah seorang suami atau isteri atau kedua-dua suami dan isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program iGems

Cara Pemberian Insentif Perkhawinan Belia Selangor

  • Pemberian melalui baucer cenderahati premium (bcp) bernilai rm300.00 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *penerima perlu hadir ke bank bsn untuk menukarkan bcp dalam bentuk sijil simpanan premium dan boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja atau boleh disimpan sahaja.
  • Pemberian insentif ini akan diberikan setelah tamat kursus
  • Insentif diberikan sebagai tanda penghargaan dan komitmen belia hadir kursus disamping menggalakkan belia menyimpan
  • Kursus kekeluargaan yang mewajibkan kehadiran kedua-dua pasangan
  • Kursus kekeluargaan selama setengah hari dan kos kursus dibiayai oleh kerajaan negeri Selangor

Pelaksanaan Kursus Kekeluargaan

  • Kehadiran ke kursus secara pasangan adalah diwajibkan.
  • Kursus ini dilaksanakan selama setengah hari

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai iGems : Insentif Perkhawinan Belia Selangor (IPB) 2022, anda boleh hubungi melalui;

Alamat

Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum, 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Telefon : 03 5481 8800

E-mel : [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!